‘Budget Dapat One Night Stand, Ingat Aku Janda Gersang..’

Zarina Anjoulie Lavocah merupakan seorang insan seni yang aktif berlakon dan pernah popular satu ketika dulu. Namun kini Zarina Anjoulie lebih selesa untuk tidak terlibat dalam mana-mana lakonan dan lebih menumpukan perhatiannya terhadap perniagaan jamu yang diusahakan sendiri.

Terkini, dia memuatnaik satu status panas dengan memberikan amaran kepada mana-mana lelaki berstatus suami orang agar tidak menganggunya menerusi no WhatsApp yang ditinggalkan di laman Instagram bagi tujuan perniagaan.

‘Ni bukan soalan open, dah sah-sah kau jantan’

Zarina mendedahkan satu perbualan dirinya bersama seorang pelanggan yang didakwa sengaja menyamar untuk membeli produk yang dijual olehnya.

‘Budget dapat one night stand.. ingat aku janda gersang’

Dia memberi amaran untuk mendedahkan no telefon mana-mana lelaki melayu yang cuba menghubunginya untuk tujuan yang tidak baik melalui akaun instagramnya jika ada yang menganggu lagi.

‘Tak ada nya gersang, dalam peti ais penuh dengan timun..’

Dia juga menerusi captionnya berkata tidak mahu terlibat dengan kisah-kisah cinta melibatkan suami orang seperti beberapa artis lain sehingga bergaduh dan dipanggil ke Melodi.

Credit: zarina_anjoulie via Ohbulan

Zarina Anjoulie Gaduh Dengan Ex Husband Di IG

BERKENALAN di Instagram, apabila sudah bercerai pun Instagram menjadi ‘medan pertempuran’ antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Pengiran Mohd. Ilham Shazwan.

Setelah sah bercerai tahun lalu, Zarina dan bekas suaminya nampaknya masih belum berdamai kerana mereka berdua sering dilihat ‘menyerang’ satu sama lain di laman Instagram masing-masing.

Pasangan ini berkahwin secara senyap-senyap pada 8 Februari 2015 dan bercerai pada 16 Disember 2016.

Pergaduhan mereka itu bersifat serangan peribadi dan saling tuding-menuding jari terhadap kelemahan diri masing-masing. Kami baca pun malu tau, gulp!

Bekas suami Zarina dikatakan sering memuat naik Instastory mengutuk bekas isterinya dan ‘perniagaan haram’ yang wanita itu usahakan.

Zarina pula membalas dia bersyukur tidak perlu menjual dadah untuk menampung kehidupannya kini dan bahagia mencari duit daripada sumber rezeki yang halal.

Dalam tenang menghadapi drama ciptaan bekas suaminya yang berwarganegara Brunei itu dan sempat melantik lelaki itu untuk menjadi stokis tunggal produk jualannya di negara tersebut.

Kami tidak tahu bagaimana atau mengapa ‘peperangan’ tercetus di antara mereka, tetapi apa-apa pun perlu ke dilakukan di hadapan khalayak? Kalau ya pun tiada lagi perasaan sayang, tidak perlulah aibkan diri masing-masing di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *