“Kau Tu Dah Tua, Tak Payah Sibuk Nak Style Sangat!”

Penerbit dan pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly pernah dikritik netizen mengenai fesyen busana yang dipakainya ketika rakaman rancangan tersebut. Netizen berpendapat fesyen pengacara ini tidak sesuai dengan rancangan tersebut yang bakal disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Terbaru, Sheila Rusly meluahkan rasa bengang di laman Instagram miliknya apabila menerima mesej secara peribadi dari netizen. Mesej berkenaan berbaur unsur teguran terhadap umur dan fesyen pengacara itu.

‘Kau dah tua!’

Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!!

Sheila Rusly menerima beberapa mesej di Instagram dari netizen yang menegur fesyen yang dikenakan adalah tidak sepadan dengan usia. Dia mendefinasikan teguran itu sebagai lumrah kehidupan manusia. Malah, dia juga tidak menghiraukan kritikan netizen selagi fesyennya tidak melampaui batas.

‘Chill la tua pun kena cantik apa…’

‘Yang penting sis nampak cantik’

Credit: Instagram Sheila Rusly 

‘Please La Makcik Up To Date Sikit’- Respon Sinis Stylist & Sheila Rusly Bila Pakaiannya Ditegur Netizen

Sheila Rusly ni boleh dikatakan antara pelakon ‘otai’ di Malaysia. Sebut sahaja watak antagonis, kelakar semua Sheila boleh bawa karakter dengan sangat baik. Tapi kini Sheila lebih banyak meluangkan masa di belakang tadbir dalam menghasilkan drama-drama yang anda lihat di televisyen.

Selain itu, Sheila juga popular dengan rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan setiap kali tibanya bulan puasa. Terbaru, Sheila telah memuat naik foto ketika penggambaran rancangan itu di Instagram. Tetapi segelintir menegur dengan cara pemakaiannya.

‘Nak saya pakai jubah ke?’

Oleh kerana foto diatas, Sheila Rusly ditegur kerana berpakaian yang dikatakan tidak sesuai dengan rancangan ‘Ketuk-Ketuk Ramadhan’.

‘Ada juga makcik bawang nak komen baju orang..’

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *