Pesan terakhir Muhammad Zaini sebelum dihukum pancung

Pesan terakhir Muhammad Zaini sebelum dihukum pancung|Seorang tenaga kerja dihukum pancung di Arab Saudi pada Ahad selepas disabit bersalah membunuh majikannya.

Hukuman ke atas lelaki Indonesia (TKI) berasal dari Madura itu disampaikan badan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care yang bekerjasama dengan Kementerian Luar Indonesia.

Malangnya, pihak kementerian tidak dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi sebelum hukuman berkenaan dijalankan.

Tertuduh dikenali sebagai Muhammad Zaini Misrin Arsyad 53 didakwa membunuh majikannya di kota Mekah pada 2004.

Namun menurut Migrant Care, Zaini pernah memberitahu bahawa dia dipaksa mengaku melakukan jenayah terbabit selepas digertak pihak berkuasa negara berkenaan.

Lebih malang, pihak mahkamah juga didakwa gagal menyediakan jurubahasa yang mahir dan neutral.

Muhammad Zaini Misrin Arsyad sempat berkomunikasi dengan keluarga melalui panggilan telepon sehari sebelum dihukum pancung. Ia tak bicara soal eksekusi, hanya berpesan ke keluarga.

Anak pertama Zaini, Saiful Toriq (25) mengatakan, ayahnya menelepon dari balik tahanan pada Sabtu (17/3). “dan berpesan berpesan kalau Umi akan kerja di Arab Saudi dan saya disuruh jaga adik dan rumah,” tutur Saiful ketika dihubungi pagi ini.

Saiful mengaku sudah tiga kali bertemu dengan ayahnya di tahanan Saudi. Yakni tahun 2013, 2015, dan terakhir Januari 2018

Pada pertemuan terakhir, Saiful mengaku kondisi Zaini terlihat sehat. “Abah terlihat sehat dan sekali lagi Abah tidak pernah mengungkapkan kapan akan dieksekusi,” kata Saiful.

Karena keterdesakan ekonomi, Zaini mencuba nasib ke Saudi pada tahun 1992. Setelah sekian tahun di Saudi, dia terlibat kes pada tahun 2004 dan dituduh membunuh majikannya. Mahkamah menjatuhkan menjatuhkan hukuman mati.

Dimaklumkan Zaini dihukum pancung tepat pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

“Menurut keterangan dari pihak kementerian, pihak berkuasa Arab Saudi sama sekali tidak memaklumkan mengenai hukuman ini,” menurut kenyataan Migrant Care, semalam.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia (WNI), Lalu Muhammad Iqbal memberitahu pihaknya hanya mengetahui hukuman tersebut menerusi sumber tidak rasmi.

“Kami hanya mengetahuinya (hukuman) beberapa saat sebelum hukuman dijalankan dan serentak itu semua akses telah ditutup,” katanya.

Difahamkan, Presiden Indonesia Joko Widodo telah menulis surat sebanyak dua kali kepada Raja Salman agar kes berkenaan dibicarakan semula.

Malah, pihak kementerian turut mengirim bukti baharu kepada Mahkamah Tinggi Riyadh pada 6 Mac lalu.

Ketika ini, dua lagi warga Indonesia iaitu Tuty Tursilawati dan Eti Toyib yang kedua-duanya berasal dari Jawa Barat turut menunggu hukuman mati di negara berkenaan.

Keduanya disabit bersalah membunuh majikan masing-masing pada 2010.

Sumber : eberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *