Seorang Lelaki Membeli Seekor Ikan Arowana Emas yang Mahal, Lelaki Itu Cemas Melihat Ikan Itu Selalu Menutup Mulutnya dan Tidak Makan. Setelah Ikan Itu Membuka Mulutnya, Dia pun Hampir Pengsan Kerana……

Arowana emas, istilah ilmiahnya adalah scleropages formosus, adalah salah satu ikan purba yang masih hidup, juga dipelihara oleh banyak orang sebagai ikan hiasan. Banyak yang mengatakan bahawa memelihara ikan ini membawa nasib baik. Dan lelaki ini benar-benar salah seorang yang untung.

Arowana telah ada sejak 2.9 juta tahun dahulu. Jika diperhatikan, Arowana berenang secara perlahan tetapi stabil, dalam skala yang luas dan besar, dengan warna kebiruan sebagai warna latar belakang. Warna emas di badan Arowana menjadikannya kelihatan gah!

Seluruh badan ikan ini diliputi dengan warna keemasan, yang melambangkan kecantikan dan kekayaan. Kerana keistimewaannya, ia merupakan haiwan peliharaan yang mahal dan bernilai tinggi.

Seorang lelaki pergi ke sebuah kedai menjual ikan hias itu dan tercengang melihat bagaimana ikan ini berenang dan lantas membelinya.

Dia melepaskan ikan itu ke dalam akuarium ikannya dan perasan ikan tersebut kelihatan agak aneh – mulutnya tidak dibuka. Dia juga panik kerana ikan lazimnya membuka mulut untuk bernapas.

Hal ini mengakibatkan lelaki itu risau ikan mahalnya akan mati. Lantas, dia memutuskan untuk membuka mulut ikan itu untuk diperiksa.

Alangkah terkejutnya saat dia membuka mulut ikan tersebut kerana terdapat sekumpulan ikan kecil keluar daripada mulut ikan tersebut!

Lelaki itu berpikir itu mungkin sisa ikan hidup yang diberikan kepada Arwana untuk makan.

Setelah melihat lebih dekat dan mencari penjelasan di laman google untuk mendapatkan jawaban, pria itu mendapati bahawa ikan kecil itu sebenarnya anak ikan Arwana emas. Lelaki itu benar-benar terkejut dan gembira.

Dia tidak pernah menyangka bahawa dengan membeli Arwana yang mahal ini akan mendapat bonus anak ikan.

Ia seperti membeli satu dan percuma berpuluh-pulun ekor, dia sangat gembira!

Arwana kecil ini membawa pria ini mendapat keuntungan yang besar saat ikan itu sudah besar! Jika pemilik toko itu tahu tentang ini, pasti akan pengsan!

Sumber: erabaru.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *