‘Mikan’ Jenaka Kampung Kalut Dinobat Miss Universe Japan 2018, Pak Kodi Mesti Bangga!

Yuumi Kato merupakan model di Jepun dan dia pernah muncul di kaca televisyen tempatan menerusi sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim kedua. Dia pernah bermastautin di Malaysia bersama keluarganya selama 11 tahun sejak berumur lima tahun lagi. Gadis ini juga fasih dalam berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina juga.

Semalam, gadis ini baru saja merangkul takhta sebagai Miss Universe Japan 2018 di Tokyo. Dia mempunyai ketinggian 173cm itu mengalahkan 35 wakil yang lain untuk merangkul gelaran tersebut.

Bakal Miss Universe 2018

Dia turut berkongsi video sesi menjawab soalan dalam bahasa Jepun menerusi laman Instagram miliknya.

Mikan dalam sitkom JKK

https://www.instagram.com/p/BQxvnfNAZix/

Yuumi pernah bermastautin di Malaysia bersama keluarganya selama 11 tahun sejak berumur lima tahun.

Dia bukan sahaja fasih berbahasa Melayu malah boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Sebelum ini, Yuumi sempat memegang watak sebagai Mikan Nakamura, seorang gadis Jepun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, yang mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri menjual barangan eksklusif produk Jepun dalam drama JKK musim kedua itu.

Sitkom tersebut yang mula ditayangkan pada 20 Nov 2016, mempersembahkan ranjau hidup Mikan yang tidak pernah terlepas daripada menghadapi masalah dalam usaha mencapai impiannya yang turut dibantu oleh sahabat baiknya, Bijan.

Sitkom tersebut yang mula ditayangkan pada 20 Nov 2016 dan barisan pelakon lain termasuk Ebby Yus, Ropi, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham dan Sari Yanti.

Credit: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *