(Video) Mumtaz Begum, ‘Manusia Separa Musang’ Tarikan Pelancong Di Zoo Pakistan

Sebuah zoo di bandar Karachi di Pakistan menggunakan tarikan terkini mereka yang pelik bagi menarik minat pelawat untuk datang berkunjung ke zoo mereka. Sebuah pameran Mumtaz Begum diperkenalkan bagi menarik pelawat.

Mumtaz Begum ialah wanita dengan badan separa musang yang sudah menjadi tarikan pelancong sejak 35 tahun yang lalu.

Orang ramai akan datang melawat manusia hibrid ini untuk menilik nasib, menanyakan soalan peperiksaan dan juga meminta jodoh. Setiap pengunjung akan membaway Rp 10 untuk melihat dan meminta tilikan dari Mumtaz.

Yang menariknya disini ialah Mumtaz Begum sebenarnya seorang lelaki bernama Murad Ali (31). Beliau melakonkan watak Mumtaz sejak 16 tahun yang lalu sejak kematian bapa beliau yang merupakan pelakon asal aksi karnival ini. Beliau terpaksa berlakon sebagai Mumtaz lengkap dengan solekan tebal selama 12 jam sehari.

Pada asalnya Mumtaz hanyalah tarikah fun fair yang menarik perhatian orang ramai. Lama-kelamaan kerana popular beliau mula dipamerkan di dalam zoo ini untuk tontonan umum.

Ramai tahu Mumtaz bukanlah haiwan hibrid musang tetapi hanyalah helah Murad Ali dan bapa beliau tetapi kerana ianya tarikan turun temurun, tarikan ini dikekalkan di dalam zoo.

Sumber: Taiko Tv via ON OFF

Siapa Sebenarnya Wanita Separuh Haiwan Yang bernama Mumtaz Begum Ini ? Rubah jadi-jadian ?

Ada banyak hal yang skar difaham di dunia ini. Misalnya adalah manusia separuh haiwan. Ada yang percaya hal ini adalahhukum karma atau kutukan, ada juga yang menganggap hal ini adalah hoax. Namun bagaimana dengan fenomena , wanita setengah rubah yang jadi pusat perhatian di Pakistan.

Wanita ini benar-benar wujud di Zoo Karachi. Ia menggunakan kerudung yang menutupi kepalanya. Tubuhnya adalah tubuh rubah dan disimpan dalam sebuah kotak, sementara kepalanya adalah kepala manusia. Dibandingkan makhluk aneh lain yang banyak mengundang kontroversi, Mumtaz banyak disukai pengunjung Zoo Karachi.

Setiap hari, orang datang padanya dan Mumtaz akan memberikan ramalan keberuntungan dan nasihat-nasihat yang bijak. “Kalau mereka yang datang ke sini pulang dengan bahagia, aku juga merasa bahagia,” kata makhluk ini seperti dilapor Dailymail. Pelanggan setianya adalah anak-anak sekolah yang datang ke sana.

Sungguh mengherankan memang makhluk seperti ini ada di zaman modern ini. Apakah ia sebenarnya? Apakah dia dikutuk? Mengapa banyak anak sekolah yang menyukainya? Atau dia hanya makhluk HOAX?

Rupanya Mumtaz Begum adalah satu lakonan. Ia adalah salah satu cara menarik minat pengunjung ke zoo itu. Bahkan orang di balik sosok Mumtaz Begum bukan wanita, melainkan lelaki . Ia adalah ayah dua anak, namanya Murad Ali.

Lelaki  33 tahun ini melanjutkan pekerjaan ayahnya yang juga melakukan hal yang sama. Namun sang ayah meninggal sejak 16 tahun lalu. Mumtaz Begum selalu dilakonkan oleh lelaki, kerana mereka lebih tabah menghadapi orang-orang yang mencuba menyakiti ‘wanita’ ini.

Menjadi Mumtaz Begum perlu menjalani penapisan. Setidaknya mereka harus paham banyak bahasa dan berlakon dengan baik sebagaimana seorang wanita yang memiliki keperibadian antik dan sedikit mistik dalam dirinya.  Ini bukan makhluk mitologi. Dan kalau anda pergi ke Pakistan, Anda boleh datang padanya setidaknya untuk membuktikan dia bukan rubah jadi-jadian sungguhan..Vemale.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *