‘Jagalah Dia Sebaik Habis …’ – Intan Liyana Buat Pengikut Instagram Sebak Tengah Malam Tadi

‘Jagalah Dia Sebaik Habis …’ – Intan Liyana Buat Pengikut Instagram Sebak Tengah Malam Tadi

‘Jagalah Dia Sebaik Habis …’ – Intan Liyana Buat Pengikut Instagram Sebak Tengah Malam Tadi

Semua sedia maklum Intan Liyana dan suaminya Ude telah sah bercerai dengan talak satu semalam.

MH akui bukan mudah untuk kedua-dua pihak lalui semua ini terutamanya Intan selaku isteri pertama yang kehilangan suaminya.

Namun tengah malam tadi, Intan telah berkongsi sedikit kata dua sebelum melelapkan mata di Instagram miliknya.

Intan bersyukur semuanya berakhir kerana selama ini tidak terpaksa memendam segala rasa baik perkara-perkara yang tidak memuaskan hati mahupun geram.

Apa yang membuatkan ramai sebak membaca intan selain menulis ‘kasihan anak bonda’, Intan turut meminta bekas suaminya itu menjaga ‘si dia’ sebaik habis yang mungkin kerana sedar dirinya itu ada kekurangan.

Malah, Intan turut berkata semua yang terjadi ini memberinya satu ganjaran sebagai pengajaran supaya dirinya lebih berhati-hati dan jangan berikan sepenuh hati kepada seseorang.

Malah Intan memberitahu dia terima semua ini dan terus move on.

 

 

Aduh sedih pula rasanya! Apapun semoga Intan lebih tabah selepas ini dan sentiasa sabar dengan apa sahaja yang mendatang.

Sumber = mediahiburan

‘Tak mahu aibkan Intan’

KUALA LUMPUR: Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude yang disahkan bercerai talak satu dengan Intan Liana Salleh, 33, mendakwa bekas isterinya itu mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Ude mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan, sebelum beliau mengenali aktres, Izreen Azminda, yang dinikahinya, Ogos lalu.

“Intan tahu apa masalah rumah tangga kami, ia berlanjutan sudah lama, sebelum wujud orang ketiga.

“Saya terkilan apabila Intan mengeluarkan kenyataan kononnya tidak berbincang dengannya terlebih dulu sebelum memfailkan kes perceraian.

“Itu satu pembohongan. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak benar, ia sekali gus menjatuhkan maruah saya. Kami sudah banyak kali berbincang, saya mahu menyelesaikan masalah kami secara baik.

“Orang luar memandang saya sebagai suami yang kejam dan bapa tidak bertanggungjawab, walhal kenyataannya adalah pembohongan,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

INTAN Liana keluar dari kamar bicara selepas bercerai talak satu dengan Ude di Mahkamah Syariah Gombak Timur. – Foto Rosdan Wahid

Ude mendakwa masalah rumah tangga dengan Intan berlaku sebelum beliau bertemu dan berkahwin dengan Izreen.

“Puncanya tertalu peribadi untuk dinyatakan. Saya tidak mahu mendedahkan aib Intan.

“Saya cuba menyelesaikan masalah dengan Intan, tapi saya gagal. Apapun masalah kami, tidak

eloklah saya mendedahkannya pada umum.

“Hari ini, kami bercerai secara baik kerana mempunyai dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Muqri.

“Saya harap Intan hentikan drama air mata untuk meraih simpati masyarakat,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak iaitu Arish, 3, serta Ariq yang berusia setahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos lalu secara tertutup. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera, Muhammad Riza.

Intan diwakili peguam syariah, Suriany Awaludin manakala Ude diwakili Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *