Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

KELIBAT pelakon kacukan Melayu-Inggeris bernama Siti Saleha di dalam bidang seni mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi.
Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang publisiti, kini Saleha dihimpit kontroversi apabila suasana sambutan hari jadi selebriti itu dipersoal netizen.

Memetik perkongsian Saleha di Instagram, suaminya iaitu Ahmad Lutfi Azhar telah membuat satu kejutan bersempena dengan hari lahir selebriti itu yang ke-28 tahun di sebuah restoran terkemuka di ibu kota.

Saleha menerusi status dalam akaun Instagram tersebut mengucapkan jutaan terima kasih di atas kejutan tersebut selain meluahkan rasa syukur kerana memiliki lelaki yang sangat mencintai akan dirinya.

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

https://www.instagram.com/p/BgT0PO4jXHy/

Ternyata perkongsian tersebut mendapat perhatian dalam kalangan pengikut pasangan itu di laman sosial.

Rata-rata netizen mengkritik dan mengecam salah satu entri yang dikongsi Saleha kerana ia berlatarbelakangkan minuman keras yang mana dianggap tidak sesuai.

Bukan itu sahaja, malah netizen turut mempersoalkan pakaian Saleha yang agak terdedah selain memberi nasihat kepada aktres itu agar mengenakan pakaian yang lebih sopan.

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal NetizenSambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

Meskipun menerima kritikan dan kecaman namun masih ada juga segelintir netizen tampil memuji kecantikan Saleha selain mengucapkan ‘selamat hari lahir’ kepada pelakon wanita itu.

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen dan telah berjaya meraih lebih 20,000 tanda suka di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *