Terima Mesej Dakwa Krew Produksi ‘Ketuk-Ketuk Ramadhan’ Tak Solat, Ini Respon Padu Jinggo

Jinggo, suami kepada pelakon terkenal Sheila Rusly sering kali berkongsi aktiviti harian di laman Instagram miliknya. Karakter Tok Sidang yang sporting dan bersahaja turut disenangi krew dan artis lain. Terbaru, pengarah dan penerbit dari JS Pictures ini telah menerima mesej bersifat teguran dari peminat ketika menjalankan pengambaran rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan.

Kiriman mesej tersebut telah menegur krew produksi JS Pictures tidak menghormati azan berkumandang dan tidak segera bersolat. Ini respon Jinggo terhadap teguran tersebut.

‘Macam mana cara sis solat?’

Mesej dari peminat misteri ini diterima oleh Sheila Rusly tetapi dikongsi oleh suaminya di laman Instagram. Menurut mesej dikirim menyifatkan krew-krew rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan tidak bersolat. Malah, tidak segera menunaikan perkara wajib itu terlebih dahulu.

‘Mana kau tahu aku tak solat?’

Tok Sidang membalas teguran netizen dengan menasihati adat bertegur dengan baik. Kerana setiap teguran boleh dianggap fithnah sekiranya terdapat saya maksud dalam penyampaian.

Kami kena kejar masa

Dalam kesibukan mencari rezeki, ahli produksi JS Pictures tidak ketinggalan untuk bersolat. Mereka akan bergilir ganti dan mencuri masa juga untuk ke surau bagi menunaikan solat wajib.

Credit: Jinggo JSPictures

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *