(Video) Lelaki Temui Makhluk ANEH Seperti Ranting Pokok Yang Bergerak. Penemuan Ini Buat Ramai BINGUNG !!!

Lelaki Temui Makhluk ANEH Seperti Ranting Pokok Yang Bergerak. Penemuan Ini Buat Ramai BINGUNG !!! | Seekor Makhluk seakan-akan cacing besar yang ditemui bergerak-gerak membingungkan pengguna internet Australia selepas ia dirakam di dalam sebuah video.

Makhluk itu, yang kelihatan seperti ranting pokok atau tumbuhan menjalar, bergerak dengan sendirinya, pada mulanya ianya disangka tali tetapi selepas beberapa lama ia mula bergerak-gerak.

Seorang lelaki yang menjumpai makhluk aneh ini berkata ‘adakah sesiapa tahu apa sebenarnya makhluk ini? Ia dijumpai pagi tadi apabila seekor itik cuba memakannya’.

Seorang netizen memberitahu bahawa ianya mungkin seekor parasit horsehair, iaitu cacing yang masuk ke dalam serangga dan mengawalnya.

Satu lagi kemungkinan adalah ianya seekor cacing aneh yang pernah viral pada tahun 2013, ia dirakam keluar dari seekor mentadak selepas ia mati.

Makhluk itu dikhuatiri boleh masuk ke dalam air atau ditelan oleh haiwan, tetapi dikatakan bahawa ianya tidak berbahaya kepada haiwan yang bersaiz besar.

Cacing horsehair atau makhluk yang serupa dengannya biasanya menyasarkan serangga kecil seperti belalang dan cengkerik sahaja.

Sumber Ilham: malaysiakubaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *