Rindu Azwan Ali ? Ini 7 Gambar Terbaru Beliau Yang Letop! Lain Betul Dia Sekarang

Rindu Azwan Ali ? Ini 7 Gambar Terbaru Beliau Yang Letop! Lain Betul Dia Sekarang

Bercakap mengenai personaliti kali ini, pasti ramai yang kenal dengan sikapnya yang jenis ‘cakap lepas’ kepada sesiapa sahaja yang tidak kena pada pandangannya. Beliau adalah tidak lain tidak bukan Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Tidak Kisah Dilabel Mulut Laser

Setiap kali beliau membuka mulut mengenai sesetengah topik, bersiap sedialah kerana beliau pasti akan memberi komen pedas sehingga membuatkan gaya percakapannya pasti digeruni ramai termasuklah rakan – rakan artis. Akui Diva AA, beliau tidak kisah dilabel sebagai mulut laser kerana beliau menjadi dirinya sendiri dan hanya memberi teguran berasas.

Perniagaan Semakin Laris

Walaupun tidak lagi tampil di mana – mana kaca televisyen, Diva AA yang terkenal dengan trademark “why bother” masih lagi menjalankan perniagaan rendangnya yang kini semakin laris.Selain itu, suara beliau turut sering kedengaran di stesen radio Kool FM menerusi segmen Lidah Pedas. Untuk anda yang merindui dengan Diva AA, Hangat.com bawakan 7 gambar terkini beliau yang ‘letop’!

Gambar Instagram Azwan Ali 

Azwan Ali Buka Mulut Tuduhan Skandal Seks

Azwan Ali baru sahaja membuat laporan polis terhadap abangnya sendiri dan juga Menteri Besar Selangor Azmin Aliberikutan dari sebuah artikel blog yang mendedahkan kontroversi seks abangnya.

“Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya. Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.”

Dalam kenyataannya menerusi video yang dirakamkan oleh wartawan Sinar Harian, Azwan tidak menuduh abangnya namun mahu individu yang membuat tuduhan.

“Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan.

Dari laporan Malaysiakini, Azwan mencabar individu yang membuat tuduhan tampil membuat laporan polis, termasuk isteri orang yang dikaitkan dengan Azmin.

“Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa masalah kau,” kata Azwan.

Mengulas lanjut, Azwan berkata kehadiran beliau hari ini bukanlah kerana kasih sayangnya kepada Azmin sebaliknya atas prinsip berani kerana benar.

Sumber Sinar Harian dan Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *