Hilang 4 hari .. Ajal Pok Din dilongkang lebuh raya bersama LC nya (8Gambar)

Pasir Gudang : Penantian dan pencarian bertukar duka,kehilangan nya terjawab apabila jasad nya ditemui meninggal dunia lebih dari 3 hari didalam longkang lebuhraya Pasir Gudang hari ini.

Mangsa yang dikenali dengan nama Mohammad Fakruddin Bin Mohd Shaari,28, tahun didapati keluar dari rumah nya pada 17 march lalu untuk berjumpa rakan wanita nya.

Namun sehingga jasad nya ditemui dilongkang lebuhraya gerakan mengesan mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Pok Din dikalangan rakan nya sudah masuk hari ke4 temui jalan buntu.

Rakan-rakan Arwah termasuk rakan wanita nya yang dikenali dengan nama wani memohon orang yang melihat Pok Din boleh menghubungi mereka seandainya terjumpa mangsa.

Namun segala usaha wani dan rakan-rakan arwah mengesan mangsa termasuk laporan polis gagal sehingga lah hari ini jasad nya ditemui orang ramai didalam longkang Lebuh Raya Pasir Gudang.

Jasad mangsa ditemui terbaring dilongkang bersebelahan motosikalnya, mengikut laporan awal mangsa mungkin dilanggar lari namun pihak berkuasa belum mengesahkan perkara ini.

Keadaan longkang yang agak jauh sedikit dari laluan lebuhraya menyebabkan mangsa gagal ditemui dan nampak oleh pengguna jalanraya.

Jasad mangsa yang berasal dari Kuala Krai Kelantan itu dikelurkan oleh pihak Bomba Tebrau dan dihantar ke Hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, semoga wani dan rakan-rakan arwah tabah kehilangan insan yang rapat dengan mereka. Al fatihah.

Sumber – accidentalportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *