“Izreen Azminda bukan duta dan model produk kami lagi…”

Sejak berkahwin dengan suaminya Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda tidak putus menerima kritikan dan kecaman daripada netizen sehingga ada yang bertindak mencari alternatif lain untuk memaki hamun di laman media sosial miliknya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang bertindak untuk memboikot kesemua produk yang menggunakan Izreen sebagai duta sehinggakan beberapa jenama tempatan telah menamatkan kontrak pelakon telefilem Asam Pedas Pewitt itu serta merta.

Terbaru, sebuah produk kesihatan dan kecantikan iaitu Eryns juga turut mengena tempias berikutan kontroversi tersebut.

Laman sosial Instagram Eryns iaitu @erynshq mula diserang netizen apabila mengetahui Izreen pernah dilantik menjadi duta dan model bagi produk tersebut.

Haters Izreen yang menggunakan beberapa akaun palsu seperti @therealizreenazminda, @izreenazminda_haters dan @izreenazmindaofficial memuatnaik kembali gambar-gambar Izreen bersama produk mereka seolah-olah mahu memboikot produk tersebut.

Cerita Norseela atau lebih mesra dipanggil Shila, “tidak dinafikan, Izreen pernah menjadi model produk kami untuk tempoh enam bulan. Itu pun pada tahun 2016. Sekarang, Izreen bukan model produk kami lagi.

“Izreen bukanlah duta produk seperti mana yang dianggap oleh sesetengah netizen. Kami lantik Izreen sebagai model atau penampilan istimewa sempena promosi produk Eryns ketika itu.

Walau bagaimanapun, menurut Eksekutif Pemasaran produk itu, Norseela Mazlan berkata, tidak dinafikan pelakon berkenaan pernah menjadi model produk mereka dalam tempoh enam bulan pada tahun 2016.

Namun kini, Izreen bukan lagi duta atau model produk Eryns seperti yang dianggap oleh sesetengah netizen.

Tambah Norseela, dia berharap tiada lagi kekeliruan yang berlaku terhadap produk Eryns. Baginya, tidak adil apabila ada pihak menghasut orang lain memboikot produk mereka.

“Selepas enam bulan kami tidak lagi menggunakan gambar atau pun video Izreen  untuk tujuan promosi produk. Ini kerana perjanjian kami hanya untuk tempoh enam bulan.

“Saya tahu sesetengah netizen masih keliru apabila ada  (haters) yangyang memuatnaik kembali gambar-gambar Izreen bersama produk kami.  Itu adalah gambar semasa majlis pelancaran produk Eryns pada 22 September 2016, dua tahun lalu.

“Bukan itu sahaja, ada yang menganggap produk Eryns dan Izreen saling berkaitan hanya kerana sebutan kedua-dua nama ini hampir sama. Ini hanyalah secara kebetulan.

Sebahagian komen netizen

“Sebenarnya, buat masa ini, Eryns tidak melantik mana-mana model atau duta produk.

“Pada mulanya kami tidak mahu tampil membuat penjelasan kerana  menganggap itu hanya isu kecil. Tetapi ia menjadi lebih teruk apabila semakin ramai yang keliru sehingga mahu memboikot produk-produk Eryns,” luah Shila.

Antara akaun palsu Izreen (Gambar Atas)

Harap tiada yang keliru

Shila berharap tidak akan ada lagi kekeliruan yang berlaku terhadap produk Eryns. Baginya, tidak adil apabila ada pihak menghasut orang lain memboikot produk mereka.

Sambungnya, “saya berharap tidak ada lagi yang mahu memboikot produk kami.

“Kami pun tidaklah menyalahkan Izreen atau mana-mana pihak, jauh sekali mahu menyentuh isu yang diperkatakan ini.

“Sepanjang kami bekerja dengan Izreen pun, dia memberikan kerjasama yang sangat baik.

“Penjelasan ini tidak lain tujuannya, hanya untuk meleraikan kekeliruan yang berlaku. Saya harap tidak akan ada lagi yang mahu memboikot produk kami.”

Eksekutif ERYNS, Norseela Mazlan

Selain produk kesihatan dan kecantikan, Eryns juga menjalankan perniagaan pakaian bundle iaitu Eryns Bundle RM1 dan Eryns Premium Bundle.

Penghujung tahu lalu, gempar apabila Izreen mengaku  sah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid,30. Mereka bernikah pada 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila Ude dan bekas isteri pertamanya, Intan  Liana Saleh, 33, sah bercerai  talak satu, pada 22 Mac baru-baru ini.

Ude dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Sementara itu, Izreen Azminda pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 dan berpisah dua tahun kemudian.

Izreen dan bekas suami, dikurniakan seorang anak, Muhamad Adrian Umar,5.

URTV doakan agar segala urusan Izreen, Ude dan Intan dipermudahkan. Apa yang berlaku, sama-samalah kita berdoa agar  kita semua menjalani hari-hari yang lebih baik. Amin…

Sumber : URTV dan OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *