Lelaki menemui seekor haiwan ‘aneh’ seperti ikan namun berkaki empat

Seorang lelaki menjumpai satu penemuan luar biasa berdekatan dengan kolam tempat tinggalnya. Rupa haiwan ‘aneh’ ini seperti ikan tetapi mempunyai kaki pendek yang gemuk adalah..

Seorang lelaki dari Colorado, Amerika Syarikat menjumpai satu penemuan luar biasa berdekatan dengan kolam tempat tinggalnya. Rupa haiwan ‘aneh’ ini seperti ikan tetapi mempunyai kaki pendek yang gemuk seperti salamander (seekor haiwan dengan rupa seperti cicak, mempunyai kaki pendek dan ekor panjang yang hidup di darat dan di dalam air).

Kredit: Latest

Bobby Kent adalah orang yang mula-mula memuat naik imej haiwan ‘aneh’ itu di imgur, namun tiada siapa yang mengetahui apakah haiwan itu.

“Jiran saya menjumpai ini di kolam di Colorado, ini apa?” Dia bertanya kepada netizen.

Sesetengah netizen berpendapat mungkin itu adalah cicak yang benar-benar gemuk atau “bukti evolusi”.

Ada juga netizen yang berpendapat ia mungkin mutan.

Kredit: Life

“Sungguh sukar untuk memastikan apakah haiwan ini tanpa banyak imej atau sudut,” pengguna lain menegaskan. “Kelihatan seperti spesies biasa yang bermutasi mungkin mutasi semulajadi berlaku.”

Penjelasan yang lebih umum adalah ia mungkin seekor ikan ‘aneh’ yang merupakan haiwan kesayangan eksotik seseorang yang telah dibuang ke dalam kolam.

Kredit: Mirror

Namun ada netizen mengatakan haiwan itu ialah axolotl atau dikenali sebagai Mexican Walking Fish. Axolotl ialah haiwan kecil yang hidup di dalam air dan kelihatan seperti ikan dengan empat kaki. Ia adalah sejenis amfibia tetapi ia hanya hidup di dalam air.

Sumber: Latest

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *