“Teruk betul bahasa sis, patut la dulu kena cerai…” – Zarina Anjoulie dikritik netizen kerana isu Ude & Intan

Sebut sahaja Zarina Anjoulie, pasti ramai mengenali selebriti yang sinonim dengan imej seksi dan menggoda serta sering mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air. Namun sejak dua tahun lalu, pelakon drama bersiri Anak Pontianak itu telah nekad berhijab sepenuhnya.

Terbaru, Zarina telah memuat naik satu kenyataan berita berhubung isu penceraian Ude bakal terhadap isteri pertama, Intan Liana di laman Instagram miliknya.

Menerusi ruangan kapsyen, Zarina yang kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan produk wanita telah mengecam tindakan Ude yang  sanggup menceraikan isterinya daripada dimadukan bersama pelakon, Izreen Azminda.

Ini kerana Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju pernah mempunyai pengalaman diceraikan oleh suaminya pada dua tahun lalu membuatkan dirinya seakan-akan fobia untuk berkahwin lain kerana risau sekiranya dijodohkan dengan lelaki seperti Ude.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zarina kerana lelaki seperti itu membuatkan ramai wanita yang semakin takut untuk menjalani kehidupan berumah tangga.

Setuju sangat

Buat orang fobia je!

Namun tidak kurang ada juga yang mengkritik tindakan dan kenyataan Zarina itu tidak sesuai dengan imej dan penampilan dirinya yang berhijab kerana mempunyai beberapa perkataan yang kurang sopan di kapsyen tersebut.

Cakap macam takde agama!

Patut la kena cerai

Jaga dulu bahasa, baru nasihat orang

Sumber : Zarina Anjoulie

Via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *