(Video) “Dah lah usap perut, mengidam burger pulak tu?…” – Bagi ‘hint’ mengandung, video Fazura jadi tanda tanya netizen

Umum mengetahui bahawa pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura merupakan pasangan yangsweet dan manja. Mereka akan sentiasa ada bersama dalam majlis keramaian atau mana-mana event yang berlangsung.

Baru-baru ini, Fazura telah menghadiri sebuah event di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk memberi sokongan dan semangat kepada suaminya itu dalam sebuah perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR).

#Repost @imani.imtiyaz #ToyotaGazooRacing Finale Season 1 #FattahAmin

A post shared by #fattzuram❤️ur (@fattasticfazbulous) on

Menerusi video tersebut, Fazura telah memberi semangat kepada suami tercinta sebelum suaminya itu memulakan aksi perlumbaan Toyota Vios dan melambai tangan kepada peminatnya.

Video yang telah mendapat ratusanlikes itu melihatkan bahawa Fazura sedang mengusap perutnya. Secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen.
“Satu burger tak cukup, sayang…”
Dek kerana video Fazura sedang ‘mengusap perutnya’ itu, timbul pula sebuah video baru yang dimuat naik oleh Fazura sendiri di Instagram Story dan dikongsikan pula oleh peminatnya.

Video tersebut telah menjadi tanda tanya kepada netizen apabila Fazura ingin menambah tiga lagi burger, kerana baginya satu burger adalah tidak cukup.

Video tersebut berlaku jam 11 malam yang telah dibeli oleh Fattah di sebuah kedai burger tepi jalan.

Rata-rata peminat Fazura, telah meninggalkan komen dalam ruangan kedua-dua video tersebut.
Fazura mengidam burger tepi jalan.

“Macam ada sesuatu je pegang perut tu…”

Tengok gaya macam dah ada ‘isi’.

Sumber : FattahFazura via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *