Akibat Dituduh Tayang Kasut, Respon Tunku Idris Buat Pengkritik Sentap!

Jika dilihat pada Instagram Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail yang merupakan anak ketiga kepada sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa beliau amat menyayangi haiwan kerana jarang sekali melihat perkongsian beliau mengenai binatang peliharaannya.

Terbaru, Tunku Idris memuatnaik sekeping foto sedang bermanja bersama kucing yang pernah diselamatkannya namun disalahertikan oleh netizen. Ini jawapan beliau.

‘Saya menggosok perut kucing itu dengan kasut..’

Tengku Idris menjelaskan bahawa dia sekadar menggosok stray cat tersebut dan mempersoalkan netizen seberapa banyak kucing jalanan yang pernah mereka selamatkan sehingga hari ini.

‘Kalau nak tayang kasut, saya tangkap gambar wardrobe kasut..’

Beliau juga sempat melabel salah satu DM yang diterimanya sebagai satu contoh typical malay yang disifatkan sebagai suka bersangka buruk.

‘Peminat kucing je yang akan faham..’

Netizen pula nampaknya menyokong jawapan yang diberikan oleh Tunku Idris memandangkan kucing tersebut langsung tidak kelihatan seperti berada dalam kesakitan. Nasihat admin, bersangka baiklah selalu dengan orang ya!

Credit: tunku idris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *