(Video) Sahut cabaran ‘waist challenge’ di Instagram, netizen teruja bila melihat kecantikan bini Tauke

Pelawak terkenal, Tauke Jambu dan isteri, Nadia Mohd Effendi merupakan pasangan yang sweet dan sering berkongsi video jenaka mereka di Instagram.

Nadia merupakan seorang alumni di Universiti Malaya telah berkahwin dengan Tauke pada Disember tahun lepas.

Selepas lima tahun menduda, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya sah bergelar suami kepada Nadia Mohd Effendi dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan De’ Laman Event Space, di sini pada pukul 11.55 pagi.

Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 40, dinikahkan oleh Imam dan jurunikah Masjid Al I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang mewakili bapa pengantin perempuan Mohd Effendi Mamat.

Tauke selamat bergelar suami dengan sekali lafaz.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat bagi pelawak berkenaan dan mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Majlis itu juga menyaksikan Tauke menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Pengantin perempuan, Nadia Mohd Effendi.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Baru-baru ini Tauke telah memuat naik sebuah video di Instagram yang mencuit hati apabila beliau dan isterinya meniru video viral di Korea yang dikenali sebagai waist challenge.

https://www.instagram.com/p/Bgx9UGTAOho/

Melalui kapsyennya itu, Tauke mencabar peminatnya untuk melakukan aksi sedemikian dan tag nama pasangan masing-masing.

Nadia memiliki badan yang slim, manakala Tauke memiliki badan yang gempal menyukarkan isterinya itu untuk manyahut cabaran waist challenge itu.

Dek kerana video yang mencuit hati itu, rata-rata peminatnya telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Sweetnya Tauke dan isteri.

Steady Tauke….

Cantik isteri Tauke…

Berikut adalah video ‘waist challenge’ yang viral di seluruh dunia.

https://www.instagram.com/p/BfDeCFJHiY8/

#waistchallenge #sucess #tinygirl #nobutt

A post shared by Rose (@kittykatkush) on

Sumber : Tauke Jambu  via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *