Gadis Dengan Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je. Lelaki Ini Pula Nama Macam …. Mak Bapak Pening Nak Letak Nama Kot

Kalau zaman sekarang ibu bapa berlumba nak letak nama anak panjang-panjang, tapi berlainan pula dengan pasangan ibu bapa di Yogjakarta ni.

Pelajar berusia 16 tahun ni miliki nama paling pendek apabila ibu bapanya memberikannya nama ‘N’ sahaja. Hanya hurut N yang ada dalam dokumen kelahiran gadis berasal dari Bantul, Yogjakarta ni. Hanya dia diberikan nama seringkas itu sedangkan kakak dan abangnya masing-masing miliki nama Puji Lestari dan abangnya, Jarot.

Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.

Bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu dia menamakan anaknya N kerana anaknya lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.

Lain cerita ini..

Gadis Dengan Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je. Lelaki ini pula Nama Macam …. Mak Bapak Pening Nak Letak Nama Kot

Nama Proton Saga anak Kelambu ini mula menjadi perhatian selepas surat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tertulis namanya menjadi tular di media sosial.

Gadis Dengan Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je. Lelaki ini pula Nama Macam …. Mak Bapak Pening Nak Letak Nama Kot

“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.”

Itu reaksi Kelambu Jambi, 54, mengenai nama unik anak sulungnya, Proton Saga yang diambil sempena nama model kereta nasional pertama negara.

Mengimbas kenangan 33 tahun lalu, Kelambu berkata, nama itu dicadangkan seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya.

Katanya, dia yang tidak tahu menulis dan membaca bingung kerana tidak mempunyai sebarang idea untuk menamakan anaknya.

“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.

“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak.

Nama Proton Saga anak Kelambu ini mula menjadi perhatian selepas surat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tertulis namanya menjadi tular di media sosial.

Anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Kelambu bersama Jamaliah Dua, 49, ini dilahirkan pada 6 Ogos 1984, kira-kira 11 bulan sebelum model kereta Proton Saga dilancarkan pada Julai 1985.

Menurut Kelambu, dia dan isteri sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan nama itu, malah berbangga setiap kali orang menyebut nama anaknya.

“Masa mula-mula dengar memanglah macam janggal, tapi lama-lama dah biasa.

“Orang luar yang pertama kali dengar nama anak saya akan cakap nama itu unik dan sangat bagus. Sebagai bapa tentulah saya bangga,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, hanya anak sulung memiliki nama unik, sementara enam yang lain menggunakan nama biasa, antaranya Arman, Hasimah dan Ahmad.

Proton Saga ketika ditemui berkata, tidak ada sekelumit pun perasaan malu mengenai nama yang diberikan itu.

Katanya, sejak kecil, kawan-kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya meskipun mereka tahu ia nama sebuah kereta.

“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.

“Cuma di sini, orang kampung lebih senang panggil saya Alor, tapi mereka tahu nama sebenar saya dan terima saja nama tu,” katanya.

Dia sama sekali tidak menyangka namanya jadi tular gara-gara BR1M yang diterima sejak 2012 itu.

“Saya dah lama terima BR1M, tapi tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari,” katanya.

Proton Saga mendirikan rumah tangga bersama Rodiah Yok Ramu, 30, dan dikurniakan sepasang anak, Viva, 10, dan Sani berusia setahun.

Seakan mengulangi sejarah bapanya, anak sulungnya turut diberi nama unik iaitu Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007.

Menurutnya, nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan.

“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.

Secara berseloroh, dia mengakui akan tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan.

Berikut kami senaraikan penama-penama kad pengenalan yang memiliki nama pelik dan unik.

Sumber : Sinar Harian dan SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *