Saling berbalas komen ‘sweet’, Sufian Suhaimi dan Janna Nick dilamun cinta?

Nampaknya isu putus tunang Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Roy semakin reda setelah pelbagai kontroversi melanda terhadap pasangan tersebut sehingga melibatkan campur tangan daripada pihak keluarga.

Terbaru, ramai yang membuat spekulasi penyanyi lagu Di Matamu itu seakan-akan sedang hangat bercinta dengan penyanyi dan pelakon cantik, Janna Nick. Eh betul ke ni?

Menerusi video yang dimuat naik melalui akaun Instagram pengarah dan pelakon Sheila Rusly, kelihatan Sufian menyanyikan lagu Janna iaitu Akan Bercinta beserta dengan kata-kata manis daripadanya.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu merakamkan sebuah poster Janna ketika Sufian menyanyikan lagu tersebut sebelum bertolak ke Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, Sheila juga ada memuat naik gambar bersama Sufian yang mengusik mengenai perhubungan jejaka itu dengan seorang gadis yang tidak diketahui siapakah gerangannya.

https://www.instagram.com/p/Bg0zUZWA8ZB/

Bunga bukan sekuntum. Terkejut @sufiansuhaimi_ bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis”. Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yg Yan pilih. Tak lama lagi makan nasi minyak lahhh kita tok sidang. Org teluk intan standby esuk 4pm sis nak ketuk @erniezakri pulak!

Kapsyen gambar berkenaan mengundang spekulasi daripada netizen yang rata-rata mengaitkan gadis tersebut adalah Janna Nick.

Namun menerusi ruangan komen, secara tidak langsung pasangan berkenaan turut membalas komen diantara mereka sekaligus menguatkan lagi dakwaan mereka sedang dilamun cinta.

Bunga bukan sekuntum. 

Terkejut @sufiansuhaimi_ bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis”. Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yg Yan pilih. Tak lama lagi makan nasi minyak lahhh kita tok sidang. Org teluk intan standby esuk 4pm sis nak ketuk @erniezakri pulak!

Saling balas membalas!

Hmm mungkin Sufian dah jumpa pengganti? Apa-apa pun, kita kena tunggu kenyataan daripada mereka berdua!

Sumber : Sheila Rusly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *