“Janji Perempuan Melayu”- Tolong Berniaga Ini Pulak Berlaku Tak Sangka!!

Kuan Chee Heng, nama yang sudah tidak asing lagi di kalangan netizen. Beliau cukup dikenali dengan sikapnya yang gemar membantu golongan yang tidak berkemampuan berbanding sesetengah masyarakat yang hanya pandai bercakap sahaja.

Meskipun berbeza agama budaya dan bangsa, beliau sanggup menghulurkan bantuan kepada orang Melayu, India dan lain-lain. Pernah sekali beliau menarik perhatian netizen bilamana dirinya belanja sebuah keluarga yang susah di bulan ramadhan yang lalu.

Baru-baru ini,Kuan Chee Heng, memuat naik perkongsiannya mengenai seorang wanita yang meminta bantuan kewangan darinya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Ketika saya melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak, beliau meminta wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak bagi membela lapan orang anaknya. Saya berikan RM400 dan hari ini beliau terus mula berniaga di PUJ 3, depan supermarket Super Save.

Tak Sangka Ini Pulak Berlaku

Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. Well done. Rezeki halal dan saya sungguh gembira beliau dapat memberi makan kepada lapan orang anaknya.

Syabas, janji perempuan Melayu ini untuk berniaga ditepati, katanya.
Status yang dimuat di lamanFacebook Kuanitu mendapat 8,563 perkongsian di Facebook dan 57K likes.

Ekoran itu, Facebook beliau tidak henti-henti menerima pujian dari netizen yang bangga dengan kebaikannya itu.
Sungguh kami juga terkesan dengan kebaikanKuan Chee Heng ini. Moga sikapnya yang suka membantu golongan yang tidak berkemampuan ini turut dicontohi oleh mereka yang lain. Inilah Hero Malaysia yang sebenar.

SIAPA SEBENAR lelaki ini??

KUANOHBULAN

Sekali pandang, lelaki Cina ini, Kuan Chee Heng juga sama seperti manusia yang lain. Menetap di Malaysia dan hidup aman damai seperti yang lain.

Namun apa yang membezakan lelaki ini dengan rakyat Malaysia yang lain ialah sikap suka membantu orang dalam kesusahan.

Baginya kita tidak hanya perlu kaya di dalam poket, tapi kita perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan. Ikuti kisah menarik uncle Kuan ini. Inspiring story!
Uncle Kuan

kuan6

Untuk pengetahuan Uncle Kuan merupakan seorang presiden bagi Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia dan beberapa jawatan lain namun dirinya cukup gemar melakukan kerja-kerja amal bagi membantu orang ramai tak mengira kaum di Malaysia.

Malah dirinya sering kali diundang oleh beberapa organisasi bagi memberikan ucapan dan berkongsi kisahnya.

Walaupun bantuannya tidaklah seberapa namun ianya cukup bermakna dan memberi harapan kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Tolong makcik belikan basikal

Screen Shot 2015-08-17 at 1.07.59 PM

Kami beri mereka cahaya dan harapan

Screen Shot 2015-08-17 at 1.10.48 PM

Mata masuk habuk

Screen Shot 2015-08-17 at 2.20.48 PM
Walaupun dia tak pernah minta makanan tapi..

Screen Shot 2015-08-17 at 2.22.58 PM

Beri apa yang mampu

Screen Shot 2015-08-17 at 2.24.49 PM

Ayuh Malaysia!

Screen Shot 2015-08-17 at 2.36.52 PM

Keseronokan bukan hidangan yang disediakan tapi..

Screen Shot 2015-08-17 at 2.30.28 PM

Tugas kita menjaga yang lebih tua

Screen Shot 2015-08-17 at 2.38.46 PM

Banyak lagi pertolongan yang telah dilakukan oleh Uncle Kuan ini di laman Facebook miliknya yang membuat kami kagum.

Jadi apa alasan kita untuk tidak membantu orang lain? Lelaki ini telah buktikan kita tak perlu kaya untuk membantu. #kipidap uncle!

Sumber : Kuan Chee Heng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *