SUPER NURSE – Soft skill Jururawat Hospital Langkawi terbaik

SUPER NURSE – Soft skill Jururawat Hospital Langkawi terbaik
*******************************************
Saya secara peribadi ingin mengucapkan Tahniah buat jururawat ini yang tenang melayan karenah kurang ajar seorang (layak ke dipanggil seorang?) suami pesakit. Ini adalah soft skill pada tahap tertinggi. Jika anda kenal jururawat ini, sampaikan Salam Tahniah saya buat beliau.

Anda mungkin telah menonton video yang viral ini. Saya yakin suami pesakit ini mahu videonya viral. Kononnya nak memburukkan perkhidmatan kesihatan hospital kerajaan. Dia sebenarnya berjaya memburukkan diri sendiri, membuka pekung dirinya sendiri. Siap maki UMNO lagi. Apa kena mengena parti politik dalam kes ni? Kesian betul. Mentaliti pada tahap terendah.

Keganasan di tempat kerja boleh berlaku dalam 3 bentuk iaitu FIZIKAL, LISAN dan BERTULIS. Saya yakin, walaupun kelihatan jururawat ini tenang, beliau pasti terkesan dan traumatised dengan insiden ini.

Adakah orang awam cuma pandang sebelah mata apabila Jururawat diherdik? Kita nak tolong dia, kita pulak yang diherdik. Bagaimana jika jururawat ini isteri anda, atau anak anda dan diherdik sebegitu rupa?

Insiden ini telah pun sampai ke peringkat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan sedang disiasat.

Mana-mana hospital daerah berpakar di Malaysia seperti Hospital Langkawi, Pakar yang Oncall bagi setiap disiplin sememangnya seorang setiap malam.

Berdasarkan makluman daripada Facebook Dato Dr Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Pakar Oncall sedang melakukan pembedahan dan sedang menyelamatkan nyawa seorang ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin pada ketika itu pada jam 2 pagi!

Ibu di dewan bedah yang sedang bertarung nyawa ini boleh jadi isteri anda atau saudara anda. Anda mahu Pakar yang sedang buat operation keluar tinggalkan pesakit di dewan bedah dan layan anda?

Dah la Isteri bukan dalam kesakitan dan boleh berdiri. Bukannya tengah nak bersalin pun. Jururawat itu pun telah maklumkan kepada Pakar dan Pakar meminta pemeriksaan jantung bayi dilakukan terlebih dahulu.

Buat pengetahuan semua, laporan polis telah pun dibuat oleh pihak hospital. Tahniah buat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Dato Dr. Norhizan memang amat peka dan responsif terhadap setiap isu yang timbul.

Saya secara peribadi berharap tindakan Undang-undang boleh diambil berdasarkan bukti kes. Kita sebenarnya dilindungi oleh pelbagai akta.

Namun begitu, kebarangkalian tindakan undang-undang diambil oleh kementerian terhadap orang awam adalah kecil kerana kementerian kita dan KERAJAAN YANG MEMERINTAH SEKARANG ADALAH YANG TERBAIK dan sentiasa memikirkan kebajikan rakyat.

Kita ni terlalu mudah memaafkan hingga kepala kita di pijak-pijak dan kita diperlakukan sebegini berulang kali.

Jika jururawat ini mahu teruskan, anda mungkin perlu lakukan melalui Medical Mythbusters Malaysia (Presiden kami telah pun buat post di Facebook beliau).

Saya amat yakin keseluruhan doktor, jururawat dan penolong pegawai perubatan & pembantu perawatan kesihatan, tidak kira latar belakang politik kita, akan menyumbang sedikit seorang bagi mengumpul RM20 ribu untuk memulakan tindakan ke atas suami pesakit yang kurang ajar ini.

Tuan-tuan, bersabarlah bila ke klinik atau hospital. Kami sentiasa mahu lakukan yang terbaik buat anda dalam masa paling cepat. Anda cuma perlu bersabar. Sabar, Sabar, Sabar. Saya berdoa agar setiap keluarga kat Malaysia ni ada Jururawat & doktor, Aamiin. Barulah anda akan faham hakikat yang sebenar!

Komen-Komen Positif Netizen

” Sy baru lepas jaga tok/ tokwan sy dekat hospital … bayangkan sepanjang sy dok kt hsptl tu.. ada sorang doktor ni sy tgk dy pakai pakaian yg sama 2 hari berturut2… sy pegi tnya dy.. doktor tak balek lg ke… dy ckp dah 2 hari dy kt hospital tak sempat nk balek… dy ckp dy oncall..bila tnya dy kata pkl 11pm jap lg habis keja… pkl 1 pg sy nk turun pegi beli air kat kedai bwh hsptl.. tgk dy x balek lg… hmmm so bukan sy nk ckp besar .. klw rasa x boleh sbar klw rasa xde adab… simpan duit pegi laa hospital swasta… diorg ni penat berhari2 dgn kerenah patient bukan sorang 2 sehari… berbanding awak yg nak lepaskan tekak awak sorang… alahaiiii sy bersyukur sbb family sy smua sabar.. nak marah pun tak smpai hati.. dr and nurse ni bkn robot bkn hamba.. diorg ni pon manusia biasa yg tgh kerahkan keringat diorg nak selamatkan nyawa org…” – Wawa Sirhan

 Like I said many times before KKM nurse are one of the best.There are no lazy nurses in KKM because their workload is just too much to handle.KKM nurses are highly skilled and sought after in many private hospitals in Malaysia and the world. I had the privilege of working with nurses who worked in prestigious hospitals in middle East and Europe but non were as competent as our KKM nurses.Unfortunately Malaysian are a highly unappreciative folks.Someday patients in KKM will regret this.” – Manmohan Singh

” Tahniah nurse.. pandai handle situasi … masih bertindak rasional walau diherdik.. penerangan diberi tu, amat lengkap & boleh difahami oleh orang yang waras (yang tak waras saja bertindak melulu macam dalam video tu)… nak sangat sewa bot pegi alor setar… buat malu orang Kedah la awak ni.. hahaha…” – Rossaira Mawarni Haji Othman

 Saya harap ada tindakan undang2 pada rakyat macam ni. Kalau tiada tindakan, rakyat lagi melampau. Terlampau Banyak sangat kes dan lebih teruk dari ni terjadi. Teruk betul sikap rakyat Malaysia terhadap kakitangan kesihatan.. mereka fikir mereka boleh mengata, mengutuk dan menengking kakitangan kesihatan sesuka hati mereka.” – Nor Hafizah Ramli

Keterangan Dari Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Image may contain: text

Image may contain: text

#drmahyuddin
#medicalmythbustersmalaysia
#socialmediaviolence
#stopviolencetowardshealthcareworkers

Sumber Ilham: FB Mahyuddin Mohamed

 

Artikel Berkaitan:

JKN Kedah nafi viral ibu mengandung tak dilayan

KUALA LUMPUR: Hospital Langkawi membuat laporan polis berhubung video viral seorang jururawat dikasari suami seorang pesakit.

Video yang dimuat naik menerusi Facebook, Muhammad Izat Marican menunjukkan suami pesakit yang hendak bersalin memarahi seorang jururawat kerana mendakwa isterinya tidak mendapat layanan perubatan daripada pihak hospital.

Video itu kemudian dikongsi oleh Facebook, Langkawi Sana Sini dengan keterangan yang berbunyi, ‘Hospital Langkawi paling teruk di dunia. Tiada Dr. dalam Dewan bersalin’. Perkongsian itu terus menjadi viral dengan lebih banyak perkongsian dan ‘like’.

Mengulas isu itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata pihaknya memandang serius tuduhan tidak berasas itu.

“Siasatan kami mendapati seorang wanita mengandung 37 minggu hadir ke Dewan Bersalin Hospital Langkawi jam 2:20 pagi, hari ini (semalam) bersama suami untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami sakit seperti hendak bersalin.

“Dia diperiksa jururawat bertugas terlebih dulu dan beberapa ujian dibuat termasuk ujian air kencing dan cardiotocography (CTG). Pemeriksaan awal mendapati kes wanita itu bukanlah kes kecemasan, namun mempunyai beberapa faktor risiko yang perlu diperiksa oleh pegawai perubatan serta Pakar Perbidanan dan Sakit Puan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Norhizan berkata, bagaimanapun ketika itu pegawai perubatan serta Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang bertugas atas panggilan terpaksa menghadiri kes kecemasan di dewan bedah bagi mengendalikan kes ibu selepas bersalin yang mengalami tumpah darah untuk pembedahan segera sebelum selesai jam 4.52 pagi Sabtu.

“Pesakit dan waris perlu memahami sistem tugasan pakar di hospital yang bekerja atas panggilan selepas waktu pejabat kerana sistem digunapakai di hospital sama ada pakar dan bukan pakar seperti perkhidmatan waktu pejabat iaitu keutamaan sentiasa diberi bagi kes kecemasan,” katanya.

Selain itu, Norhizan berkata, mengambil gambar atau video tanpa kebenaran di premis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah dilarang sama sekali termasuk melakukan kekerasan terhadap anggota kesihatan sama ada kekerasan fizikal, lisan ataupun bertulis termasuk di media sosial.

“Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pihak berwajib terutama membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan Malaysia [Akta 574] dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan seksyen dan subseksyen tertentu bergantung kepada jenis kesalahan.

“Pihak JKN Kedah memandang serius tindakan dilakukan individu itu selaras dengan kepatuhan terhadap Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM dan Surat Edaran Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 1 Mac 2017 mengarahkan penggunaan tanda larangan membuat rakaman video dan gambar di fasiliti KKM.

“Hargailah perkhidmatan perubatan dan kesihatan diberikan. Bantulah kami untuk membantu anda dan hentikan kekerasan terhadap warga kesihatan,” katanya.

Sumber Ilham: bhplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *