Selepas mengecam Ameera Khan, kini giliran teman lelakinya pula diserang netizen

Nama Ameera Khan atau Little Miss Khan semakin mendapat perhatian netizen sejak akhir-akhir ini disebabkan beberapa kontroversi yang menimpa dirinya.

Berikutan isu-isu tersebut, teman lelaki kepada adik pelakon dan pengacara Neelofa itu secara tidak langsung turut terpalit dengan kritikan dan kecaman dilemparkan oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Ameera.

Menerusi akaun Instagram teman lelakinya, Suhail Zulhasnan, ramai netizen yang telah menyerang lelaki itu dengan memberikan pelbagai komen yang kurang sopan.

Sebab kaya je

Nasihat awek tu sikit

Namun tidak kurang ada juga yang cuba menyindir keadaan fizikalnya yang disifatkan agak ‘berisi’ walaupun selalu menghabiskan masa di ‘gym’ untuk membina badan.

Pergi gym makan ke?

Bagaimanapun, rasanya tidak adil sekiranya mereka melemparkan kata-kata kesat terhadap lelaki itu walaupun tindakan yang dilakukan Ameera mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Mungkin korang boleh memberi teguran dengan cara yang berhikmah dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Chill okey!

Sumber : Suhail Zulhasnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *