(Video) Pelik! , Orang Ramai Tepuk Tangan Tengok Pasangan Ini Gaduh Dekat Kedai Makan

Korang pernah tengok tak scenepasangan bercinta gaduh kat kedai makan kalau dalam drama melayu petang-petang tu?

This time bukan dalam drama, tapi adegan ni betul-betul jadi kat dunia nyata. Menurut satu perkongsian di Facebook, ada satu video pasal seorang lelaki dan seorang perempuan duk bertengkar di sebuah kedai makan di Singapura tiba-tiba tular kat laman sosial.

Sumber: Facebook

Bukan gaduh biasa-biasa, pertengkaran dorang sampai jadi hiburan pulak untuk orang-orang kat kedai makan tu. Lepas tengok video berdurasi 3 minit 18 saat yang dimuat naik, admin pun tak sure nak rasa apa.

 

Mula-mula video tu tunjuk kat seorang perempuan yang duk minta this one guy pegang dia sambil point kat kepala dia.

“Pegang la! Eh you Singaporean bukancan do this ah?” kata wanita tu sambil tolak-tolak badan lelaki tu dan tarikskirt dia.

Sumber: Facebook

Dah kenapa aunty ni? Then dia provokelagi lelaki tu minta try pukul dia siap tarik lagi tangan lelaki tu untuk acah-acah pukul. Tapi lelaki tu bukak tangan luas-luas ke atas mungkin nak tunjukkan yang dia tak akan cederakan wanita tu.

Tak cukup dengan tu, wanita tu buat pengumuman pulak suruh semua orang kat kedai makan tu beri perhatian kat dorang. Wanita tu masih duk suruh lelaki tu pukul dia, tapi that guy tu cakap dia tak pukul perempuan dan cakap somethingpasal breakup sebelum dia buka baju dan tiba-tiba tampar perempuan tu. Kan dah kena, tadi mintak sangat!

Sumber: Facebook

Lepas kena tampar, wanita tu tiba-tiba gulingkan badan dia dan guling dan guling lagi sambil pegang pipi sebelum baring kat atas lantai kedai makan tu.Bukan main dia berlakon! Tengok je gelagat wanita tu, habis la satu kedai makan tu bertepuk tangan. Drama queen habis! 

 

Tiba-tiba jadi drama pukul 7 pulak kat kedai makan. Tak nak perkara ni berlarutan, ada orang tolong hubungi polis untuk selesaikan masalah dorang. Tapi sampai sekarang tak sure kenapa dorang gaduh sampai macam tu sekali.

Sumber: Facebook

Korang kalau nak gaduh dengan pasangan please balik rumah dulu eh, jangan sampai jadi bahan gelak macam ni.

Tonton pergaduhan dorang kat sini:

Sumber: Facebook Via lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *