(Video) Tunjuk video ‘teaser’ rumah agam siap dibina, Aliff Syukri jemput peminat ke mahligainya

Setelah menunggu mahligai yang dibina siap dalam masa empat tahun, akhirnya impian jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur hajat untuk mendiami banglo mewah itu telah menjadi kenyataan.

Semalam, beliau telah memuat naik video ‘teaser’ rumah yang dilengkapi dengan lif, surau, panggung wayang itu dan pelbagai lagi kemudahan lain.

https://www.instagram.com/p/BhA7m0knjgV/

sy kasi Teaser sikit rumah sy @palacealiffsyukri sbb banyak yg x sabar nak tunggu pkl 8mlm ni. ..Rumah ni @palacealiffsyukri saya buat utk saya tinggalkan kenangan buat anak2 saya nanti yg bersize 40ribu sft 30bilik, surau private, gym dan dilangkapi bilik kebal dan rumah dodi malah sampai skrg masih ada yg belum siap.. . . saya bukukan kisah rumah ni untuk anak2 saya tahu bukan senang saya mencari duit dan bukan mudah nak siapkan rumah ni selama 4 tahun saya menanti skrg unor abah 31tahun abah bodoh pelajaran spm pun gagal tapi abah nak anak2 abah tahu abah juga mampu berjaya mcm org lain….bg org lain mungkin biasa je apalah rumah nak tunjuk…tapi bg saya apa yg saya buat ni saya kepuasan dalam pencapaian hidup saya yg nak saya kongsikan… doakan sy bnyak ber amal dan bersedekah juga🙏🏻🙏🏻 . . . . Untuk menghargai follower yg banyak sokong dan pengguna dherbs saya nak hargai anda semua saya nak jemput datang house warming saya pada 8/4 ni…cara nya tag 3org kawan korang..saya sayang korang sbb korang support saya dr saya meniaga pasar menjaja dan yg paling penting anda kena tahu perniagaan saya bermula hanya dgn pasar tanpa meminjam walau sepuluh sen pun duit sesiapa atau bank❤❤ vedio ni dibuat oleh penerbit @aididmarcello @mqproduction yg akn disiarkan di tv .. btw ini bkn 3d vedio ini real vedio

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Mar 31, 2018 at 9:33pm PDT

Menurut pelakon filem Badang itu, rumah yang dinamakan sebagai Palace of Aliff Syukri tersebut dibina setelah hasil titik peluh dan usaha selama ini dalam membina pencapaian melalui bidang perniagaan kosmetik miliknya.

Tambah Aliff, tujuannya bukan untuk mempamerkan kemewahan tetapi bagi membuktikan hasil kerja keras beliau selama ini serta memberi teladan buat anak-anaknya bagaimana kesusahan dalam mencari sesuap nasi.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga berkata, beliau juga ingin mengundang beberapa peminat bertuah sebagai tetamu istimewa untuk menyambut kenduri doa selamat pada hujung minggu ini.

Sumber : Aliff Syukri , Palace of Aliff Syukri via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *