(Foto) “I sayang you dunia akhirat…” -Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila rai ulang tahun perkahwinan pertama

Pejam celik, pejam celik ternyata sudah 1 tahun mereka menyulam ikatan sebagai suami isteri. Pasangan sama cantik dan sama padan, Sharnaaz Ahmad dan  isterinya, Noor Nabila kini sedang bercuti di Langkawi untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Tersenarai dalam anugerah Couple MELETOP (AME) 2018, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan perasaan cinta kepada isterinya menerusi kapsyen yang dimuat naik ke dalam akaun Instagramnya.

Menerusi kapsyennya itu, Sharnaaz telah meluahkan perasaan syukurnya apabila Nabila hadir dalam hidupnya dan berdoa supaya isterinya yang sedang hamil itu selamat di dalam lindunganNya.

Beliau juga meluahkan rasa sayang kepada isteri tercinta dan berharap Nabila dapat menjadi seorang isteri dan bakal ibu kepada anak-anak mereka satu hari nanti.
Nabila terima sejambak bunga dari suaminya.

Sharnaaz menanti detik bergelar bapa.

‘Happy anniversary 1st year’.

Tercalon dalam anugerah ‘couple’ MELETOP ERA (AME) 2018.

Dek kerana pasangan yang sweet dan manja ini, rata-rata peminatnya telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

Semoga kekal hingga ke jannah.

Sumber : Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila via ohmymedia

KENALI NOOR NABILA ISTERI KEPADA SHARNAAZ AHMAD!

Setelah 2 tahun menyemai cinta akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya selaku wakil wali dan disahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Bin Abdul Samat iaitu Imam Masjid Al-Makmuriah, Petaling Jaya.

Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Pada majlis istimewa tersebut Sharnaaz Ahmad kelihatan segak berbaju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana sederhana serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan- rakan media. Manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Sementara itu, Sharnaaz Ahmad pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Shila Amzah sekitar 2011 dan hubungan mereka berakhir sekitar 2013. Dalam pada itu, Noor Nabila pernah berkahwin pada Julai 2013, dan berpisah pada 2014

Noor Nabila Merupakan Kakak Kepada Pelakon Wanita Popular Neelofa

https://www.instagram.com/p/Ba2qqtzBT_g/

https://www.instagram.com/p/BWl9Enfhnvr/

Sweet nye kan!

Foto – ig noornabila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *