Isteri Datuk Aliff Dapat Beg Tangan Emas RM300ribu!

Bertuah nasib badan menjadi isteri kepada jutawan terkenal! Selepas isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mendapat hadiah hari jadi sebuah kereta mewah Ford Ranger Evoque pada tahun lepas, tahun ini dia mendapat sebuah beg tangan emas bernilai RM300 ribu ringgit pula!

Gambar: Datin Nur Shahida (kiri) bersama Datuk Aliff dan kek berbentuk sebuah beg tangan jenama Dior yang ditempah khas.

Beg tangan itu diberikan oleh Datuk Aliff kepada isterinya, Datin Nur Shahida pada hari jadinya 15 Mac 2016 yang lalu. Beberapa keping gambar yang telah dimuat naik di laman sosial menunjukkan beg tangan emas tersebut mempunyai bentuk yang kecil, tetapi kelihatan mewah kerana disaluti emas.

Gambar : Beg tangan emas milik Datin Shahida

Datuk Aliff dikatakan memberikan kejutan kepada Datin Nur Shahida apabila dia memberitahu isterinya bahawa dia terpaksa ke China dan tidak boleh menghadiri majlis hari jadi isterinya itu nanti. Tetapi pada majlis berkenaan dia hadir dan memberikan kejutan buat isterinya sehingga Datin Shahida dikatakan menitiskan air mata gembira!

Pada majlis hari jadi itu, Datuk Aliff turut menyediakan sebuah kek hari jadi yang ditempah khas berbentuk sebuah beg tangan jenama Dior berwarna merah. Majlis ulang tahun ke 31 Datin Nur Shahida juga turut dihadiri oleh beberapa orang artis dan personaliti termuka tanah air seperti penyanyi Akim Ahmad dan Wak Doyok. Turut hadir di majlis tersebut adalah Roslan Shah sebagai pengacara majlis.

Baru-baru ini timbul kontroversi apabila rumah tangga pasangan ini dikatakan goyah dan sedang dilanda masalah. Kontorversi ini juga telah dilaporkan oleh beberapa laman portal hiburan yang lain dan dakwaan itu semakin kuat apabila pasangan berkenaan bertindak memadam beberapa gambar yang telah dimuat naik di Instagram milik mereka dan hanya meninggalkan beberapa keping gambar sahaja.

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *