‘Just Apologise!’ – Balas Kecaman Dengan Sindiran, Chef Wan Selar Juri Masterchef UK

Tindakan juri Masterchef UK menyingkirkan seorang peserta, Zaleha Kadir Olphin gara-gara rendang ayam tidak rangup telah menyebabkan berlakunya perbalahan di laman sosial. Tambah mengeruhkan keadaan apabila chef tersebut membalas komen dengan sinis.

Tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan Chef John Torode, Chef Wan memberikan respon ini. Menurutnya chef tersebut tidak sepatutnya bersikap sombong dan seharusnya memohon maaf!

Maybe Rendang is Indonesian! – John Torode

Komen Chef Wan

I honestly cannot stand this kind of attitude of being arrogant in a chef.
Regardless of where the dish originated from obviously this is not the issue.
Food for many centuries have travelled all over the world by inmigrants, invasion etc.
For a chef who have visited our country and seen all this Rendang dishes being made i am shocked he didnt get that simple lesson!
The thing about this issue John is simple.
U both caused the bummer to start with.
Zaleha i am sure embarrassed by your incorrectly criticised over the Nasi Lemak and Rendang and just appologise!
Swollow your dam pride and stop showing your arrogant and ignorant behaviour and move on!
No need to be sarcastic about the origin of this dish and all that bloody namaste shit which only reflect your true stupidity.
Its culturally insensitive likewise insulting too!
Lets get to the point here mate and stop beating around the bush!
If i get that kind of smart comment in my Asian kitchen John u will be in my stock pot of Soto Ayam by now too!
By the way another lesson for u here Soto also originated from Indonesia!
Do u have a problem with that?
@johntorodecooks

Saya sejujurnya tak boleh tahan dengan perangai chef yang sombong begini. Dari mana suatu masakan itu berasal bukanlah satu isu. Sudah berabad lamanya sesuatu masakan dibawa ke seluruh dunia menerusi imigrasi dan penjajahan. Bagi seorang chef yang sudah melawat negara kita dan melihat sendiri bagaimana rendang dibuat. Saya terkejut dia tidak mendapat sebarang pengajaran.

Isu ini simple sahaja John, kamu berdua yang memulakan. Saya pasti Zaleha sangat malu dengan kritikan yang diberikan terhadap Nasi Lemak dan Rendang tersebut. Minta maaf sajalah. Hentikan sikap sombong dan angkuh anda, move on! Tak perlu nak jadi sarkastik berkenaaan asal usul makanan tersebut, begitu juga dengan ‘namaste shit’ yang hanya menunjukkan kebodohan kamu. Ianya juga tidak sensitif terhadap budaya, seakan menghina juga.

Okay jom kembali kepada point asal dan hentikan perkara ini. Awak pun akan jadi Soto Ayam jika awak komen begitu di dalam dapur saya. By the way, untuk pengetahuan awak Soto juga berasal dari Indonesia. Ada masalah?

Sumber : Chef Wan

Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Rakyat Malaysia & Indonesia Bersatu ‘Lawan’ Juri Masterchef UK

Beberapa hari kecoh di laman sosial apabila peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin disingkirkan dari rancangan realiti itu kerana rendang yang disediakannya tidak rangup. Komen yang diberikan juri pertandingan, John Torode itu membuatkan netizen bengang dan menyuarakan pandangan masing-masing.

Selepas hentaman diterimanya, komen balas dibuat John mengeruhkan keadaan sehingga membuatkan netizen bekerjasama melawan kembali chef itu.

Rendang asal Indonesia

John Torode kemudiannya membalas tweet netizen mengatakan masakan rendang berasal dari Indonesia dan gembira dengan keterujaan ditunjukkan seorang netizen. Pengguna Twitter sebelum itu mempertikai masakan ayam rendang boleh mempunyai tekstur garing.

Netizen nusantara bersatu

Tidak senang duduk dengan kenyataan John mengenai rendang crispy berkenaan, netizen Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu hati menentang ‘ideologi songsang’ berkenaan.

Rendang hak kami rakyat nusantara

Netizen di rantau ini mempertahankan hak mereka sebagai pemilik juadah itu dan ‘memberi amaran’ supaya persaudaraan yang terbina tidak dirobohkan dengan ideologi rendang rangup seperti yang didakwa John itu.

Cuba buat Indonesia-Malaysia bertelagah?

Petikan Masterchef UK yang timbulkan isu

Sumber: John Torode

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *