Setelah Chef Wan, DS Najib Razak Pula Komen Isu ‘Rendang Ayam Rangup’.. Terbaik!

>KUALA LUMPUR: Isu peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, yang tersingkir daripada program MasterChef UK baru-baru ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, secara sinis, menerusi Twitter hari ini berkata: “Mana ada orang makan rendang ayam ‘crispy’? #MalaysianFood.”

Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan hidangan berkenaan.

Penyingkiran Zaleha dalam program itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan para netizen yang mempertahankan hidangan peserta wanita berusia 48 tahun itu.

Dalam program itu, para juri mengkritik masakan bekas akauntan itu, kini menetap di Bristol, yang didakwa tidak garing dan isinya yang tidak terlerai daripada tulang.

Selebriti masakan popular negara, Chef Wan, melalui Instagram turut mengambil peluang mempertahankan Zaleha dengan membidas kritikan juri terhadap peserta berkenaan.

Chef Wan berkata, para juri harus memahami persediaan untuk memasak nasi lemak serta rasa sebenar hidangan popular rakyat Malaysia itu.

Zaleha berkata, walaupun hampa selepas tidak berjaya ke peringkat separuh akhir, beliau tetap mempertahan tindakannya memasak hidangan berkenaan dengan cara tradisional.

Ibu kepada dua anak yang turut memuat naik sekeping gambar hidangan terakhir dalam MasterChef UK berkata pengalamannya terlibat dalam program itu akan terus terpahat dalam memorinya selain menghargai sokongan diberikan sepanjang beliau bertanding. – BERNAMA

Sumber:  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/407186/mana-ada-orang-makan-rendang-ayam-crispy-pm

“Mana Ada Rendang Ayam Rangup” – Pesuruhjaya Tinggi Britain Bidas MasterChef UK

PETALING JAYA: Rendang ayam yang dihidangkan bersama nasi lemak “tidak pernah rangup”, kata Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell.

Treadell berkata demikian berhubung sajian itu selepas rakyat Malaysia mengkritik juri program masakan popular MasterChef UK, di media sosial.

Malah beliau turut mempersoalkan sama ada juri-juri terbabit layak untuk mengkritik makanan Asia.

“Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak boleh dikelirukan dengan ayam goreng, kadang-kadang dihidangkan dengan nasi lemak,” kata Treadell di Twitter pada Selasa.

Treadell juga berkata, rendang merupakan hidangan ikonik kebangsaan Malaysia dan tidak boleh dikelirukan dengan hidangan Indonesia.

Pandangan beliau di Twitter itu turut membuat pautan akaun laman sosial MasterChef UK dan dua juri yang memberi komen berhubung makanan itu, Gregg Wallace dan John Torode.

Treadell berasal dari Malaysia, kelahiran Ipoh, Perak.

Pada Isnin, peserta MasterChef UK, Zaleha Kadir Olpin menyediakan hidangan tradisional nasi lemak dengan rendang ayam, namun hidangan yang sama telah menyebabkan dia tersingkir pada suku akhir pertandingan tersebut.

Wallace dan Torode dikritik kerana membuat komen mengenai nasi lemak yang disediakan Zaleha.

Wallace mengkritik kulit ayam kerana tidak cukup rangup, dengan mengatakan bahawa dia tidak boleh makan ayam disebabkan keadaan itu.

“Kulit ayam tidak rangup, ia tidak boleh dimakan dan semua sos ada pada kulit, saya tidak boleh makan,” kata Wallace.

Torode berkata, rendang ayam tidak masa secukupnya dan perlu betul-betul lembut.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/03/isu-rendang-ayam/#q7dZWvb6wtkth643.99

Juri-juri Masterchef UK yang cakap rendang ayam Malaysia tak crispy tu belum jumpa makcik ni lagi agaknya, Gordon Ramsay pun selamba je dia tapauuuu

Dont play-play aaaaaa~

Credit – manisfesto.website