(Video) Bayi Comel Tenang Sambil Dicacah Tatu Pada Dada!

Baru-baru ini tersebar gambar dan video mengenai seorang bayi yang dicacah tatu kartun pada badannya di Vietnam.

Ia telah mengejutkan netizen apatah lagi bayi yang kelihatan seperti berusia empat ke enam bulan itu langsung tidak menangis.

Sebaliknya dia hanya menggerakkan badan ketika dipegang dan kelihatan cuba mengelak daripada jarum tatu tersebut.

Klip video itu tertulis kapsyen `baby cacah tatu’.

Meskipun sudah beberapa hari klip video itu disebarkan namun sehingga kini masih ramai yang mempertikaikan kesahihan video tersebut dengan ada netizen yang percaya ia adalah palsu kerana bayi itu langsung tidak menangis sedang tatu menyakitkan kerana menggunakan jarum.

“Orang dewasa pun menangis bila buat tatu di dada, ini pula bayi, memang palsu,’’ kata netizen.

Pendapat itu dipersetujui oleh yang lain dan mereka berpendapat ia adalah palsu kecuali bayi terbabit diberikan bius.

Tidak kurang pula yang mengecam kerana perbuatan tersebut adalah kejam terhadap bayi itu. Apa pun sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan video berkenaan.

Kalaulah video ni benar sekalipun, diharapkan benda ni tidak menjadi ikutan mana-mana individu kerana bayi sekecil itu tidak patut diperlakukan sedemikian. Masih terlalu muda untuk ‘diberikan’ tatu.

Sumber: mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *