10 Fakta ‘Istana’ Aliff Syukri Yang Anda Tak Tahu

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri kongsikan video rumah mewah miliknya yang baru siap selepas 4 tahun pembinaan.

Rupanya, Aliff Syukri pernah mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 24 tahun. Kami senaraikan 10 perkata tentang rumah agam Aliff Syukri yang anda tidak tahu!

1. Inspirasi selepas mengunjungi Istana Pahang
 

Menurut Aliff, impiannya untuk miliki rumah seperti istana ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran gelaran Datuk kira-kira 8 tahun lalu ketika berusia 24 tahun.

2. Mula berangan miliki rumah seperti istana di usia 24 tahun
Apa korang buat masa umur 24 tahun? Menurut Aliff, dia memasang impian untuk miliki rumah mewah bak istana sejak usia 24 tahun lagi.

3. Diberi nama Aliff Syukri Palace

Rumah dengan rekaan Royal Modern Classis itu dikenali sebagai Aliff Syuri Palace terletak di Kota Damansara.


4. Mempunyai 30 buah bilik tidur
Selain mempunyai 30 buah bilik tidur, rumah itu juga dilengkapi dengan surau, gim, pawagam mini, bilik karaoke dan bilik kebal.


5. Keluasan rumah 40,000 kaki persegi
 

Memang besar Istana Aliff Syukri ini. Keluasan rumahnya ini ialah 40,000 kaki persegi.


6. Perabut diimport dari luar negara
Aliff menggunakan perabut yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.


7. Harga tanah bernilai RM13 juta
Dengan keluasan rumah 40,000 kaki persegi, Aliff membeli tanah tersebut sejak 4 tahun lalu dengan harga RM13 juta.
8. Tukar perabut 6 bulan sekali
Dah la semua perabut diimport dari luar negara. Menuru Aliff, dia akan menukar perabut rumahnya setiap 6 bulan sekali.


9. Harga lampu bernilai RM1 juta
Jika anda menonton video rumah mewah Aliff Syukri, di bahagian tangga terdapat lampu gantung besar. Harga lampu tersebut mencecah RM1 juta ringgit termasuk sistemnya sekali.


10. Jemput anak yatim bermalam di rumah
Walaupun dikatakan riak dengan membina rumah tersebut, namun Aliff menyatakan hastar untuk menjemput anak yatim berkunjung ke rumahnya dan bermalam disitu.

Sumber =rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *