Elyana Akui Menyesal Dedah Dirinya Hidap Kanser

Penyanyi dan pelakon Elyana meluahkan rasa terkilan dan tertekan apabila segelintir netizen yang memperlekehkan kesihatannya. Jelas Elyana, tekanan itu mula dirasai selepas dia mendedahkan keadaan dirinya kini.

“Sekarang ini stress pada pandangan orang pula. Kadang-kadang saya rasa menyesal kenapa memberitahu orang mengenai perkara ini. Dulu stress pasal saya kena sembunyikan sesuatu, dan sekarang pula stress bila pandangan dan persepsi orang pula”

“Maknanya hidup ini, ke kanan salah, ke kiri pun salah. Jadi kita buatlah apa yang menggembirakan kita. Kadang-kadang saya tak boleh tahan, sebab itulah saya meluahkannya di Instagram,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Dukun.

Tambahannya lagi, dia tidak pernah untuk menipu atau meraih perhatian mana-mana pihak terhadap penyakit yang dihadapinya itu.

“Saya tak suka orang anggap saya tipu, saya tak tipu. Itu yang membuatkan saya tertekan. Saya tak anggap saya sakit saya anggap ini adalah sebagai kehidupan diri saya. Lagipun sepanjang 7 tahun ini saya dah lali, kebal benda tersebut sudah menjadi separuh diri saya”

“Saya tak naklah sakit saya kena diam, saya tak naklah macam tu saya takut orang tak selesa. Saya jenis macam ni, bila orang tanya saya akan bercakap. Jadi orang anggap saya tak sakit,” katanya yang masih lagi menjalani rawatannya seperti biasa. (rtky/h)

Jangan Kurang Ajar! – Elyana

PENYANYI Elyana meluahkan rasa berang terhadap segelintir pengikutnya di Instagram yang disifatkan sebagai kurang ajar ekoran dia sering menjadi mangsa kecaman mereka.

Elyana menerusi video yang dimuat naik di InstaStory meminta golongan tersebut agar menghormati hak orang lain atau boleh berhenti daripada mengikuti Instagramnya.

Malah bekas peserta program Gegar Vaganza itu menyeru agar ‘haters’ menghantar mesej peribadi kepadanya jika ingin menasihati tentang sesuatu perkara.

“Korang (kau orang) yang rasa manusia dan bagus sangat tu, tolong hormat orang sikit.

“Kalau rasa tak suka jangan tengok. Kalau nak nasihat sangat, menggelegak dan menggeletar sangat nak nasihatkan orang tolong DM (direct message).

Elyana minta ‘haters’ berhenti daripada mengikut Instagramnya.

“Jangan kurang ajar sangat!,” katanya.

Elyana memuat naik video itu dipercayai selepas tidak tahan menjadi mangsa kritikan netizen yang mempersoalkan penampilannya yang tidak berhijab sehingga mengaitkan penyakit kanser dihidapinya.

Dalam pada itu, Elyana sebelum itu turut memuat naik beberapa status di InstaStory memberitahu sebagai manusia dia boleh bersabar namun ia mempunyai had.

“Ada hari aku boleh bersabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar.

“Tapi ada harinya yang tahap kesabaran aku tak ada langsung.

“Ya, aku sakit kanser tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadab,” tulisnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/02/elyana-berang-haters/#hchctw6GLOTjStWg.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *