Kalau dah ajalnya sampai ilmu hebat macamana pun tetap mati.. Akhirnya Pawang Hebat Tewas Di Mulut Sang Bedal [2 VIDEO]

Kalau dah ajalnya sampai ilmu hebat macamana pun tetap mati .. Kejadian berlaku di Kecamatan Muara Jawa Kutai Kartanegara.

Sebelum tu seorang remaja berumur 16 tahun dibaham buaya & Pawang (Supriyanto) ni offer untuk membantu mengesan lokasi mangsa yg gagal ditemui.

Video 1: Pawang bertarung dengan Buaya.
Video 2: Beberapa saat kemudian si Pawang sudah tidak bernyawa dan jasad nya di heret oleh buaya.

“Manusia sakti belum tentu selamat TAPI manusia yang selamat itulah yang sakti”

Samarinda (Indonesia): Seorang lelaki yang mengaku pawang buaya maut dibaham buaya kelmarin ketika melakukan satu upacara untuk menangkap reptilia ganas berkenaan.

Suprianto, 38, maut akibat dibaham buaya ketika berenang di sebatang sungai di Muara Jawa daerah Kutai Kartanegara, Kalimantan timur.

Lelaki itu dilaporkan sedang melakukan upacara untuk menangkap seekor buaya yang membaham seorang remaja, Arjuna, 16, pada Jumaat lalu.

Akhbar Kaltim Post melaporkan, Suprianto yang mengaku pawang buaya menawarkan diri untuk menangkap buaya yang membunuh remaja itu.

Selepas melakukan upacara, Suprianto turun ke dalam sungai di lokasi Arjuna diserang dan menyelam sebelum timbul semula.

Ketika Suprianto berenang untuk ke lokasi lain, secara tiba-tiba lelaki itu tenggelam dipercayai disambar buaya yang mengheretnya ke dasar sungai.

Kejadian itu disaksikan puluhan penduduk dan video Suprianto turut tular di media sosial di Indonesia.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu mayat kedua-dua mangsa masih belum ditemui. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *