“Memang Sorang Je Nama Tu?!” – Uqasha Senrose Teruk Disindir Claim Nama, Muka Sama Dengan Cover Buku?

Siapa yang tidak kenal kakak kepada Nelydia Senrose, Uqasha Senrose?

Selain aktif di laman Instagram, Uqasha juga turut aktif dalam laman Twitter.

Terbaru Uqasha dalam laman Twitter sempat meninggalkan komen ‘panas’ pada satu entri milik salah sebuah syarikat penerbitan buku alternatif urban Malaysia.

“Boleh ke keluar kan cerita nama macam saya and muka pun muka saya ??? Boleh tak sapa-sapa bagitau ?” tulisnya.

Rupanya syarikat berkenaan telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Uqasha Suci dengan tagline “Uqasha di kampus berbeza dengan Uqasha di luar kampus” sehingga mendapat perhatian pelakon berusia 25 tahun ini.

Ekoran komen berkenaan, beberapa individu mula menyindir dan mempertikaikan tindakan Uqasha yang mendakwa namanya diguna pakai syarikat berkenaan.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa wajah model buku berkenaan tidak sama dengan wajah pelakon berkenaan.

 

Bagi merungkaikan kontroversi, pihak syarikat penerbitan telah membalas kenyataan terbabit dengan menyatakan bahawa kandungan di dalam buku berkenaan tiada kaitan antara mereka yang masih hidup mahu pun sudah mati.

Sumber Twitter Uqasha Senrose

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *