‘Cico tak bisu’ – Uji Rashid

PENYANYI popular era 70-an, Uji Rashid meluahkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.

“Saya ingin tegaskan di sini, Cico tidak mengalami masalah seperti diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” katanya kepada Harian Metro.

Cico atau nama sebenarnya Cico Harahap, 40, dikesan berdepan masalah kesihatan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.

Dia dikatakan diracun dengan cara meletakkan sesuatu dalam minumannya. Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.

Pelbagai ujian turut melanda penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang dan Ku Ingin Selalu Disampingmu ini dan terbaru terpaksa memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana tidak mampu membayar sewa kondominium didiaminya sebelum ini dengan bayaran sewa lebih RM1,000 sebulan.

“Sudah banyak pengalaman saya tempuh. Kalau esok saya jatuh, hari seterusnya saya kena bangun kembali demi cucu dan anak saya yang tidak mampu ini.

“Faktor usia yang meningkat jadi faktor utama saya berbuat demikian, selain fikirkan kebajikan Cico dan cucu saya, Rindu Nur Fitrah,” katanya.

Menurut Uji, sebaik berita penderitaannya tular, dia didatangi pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon, namun terpaksa menimbangkannya kerana keadaan Cico yang memerlukan perhatian penuh.

“Saya berterima kasih dan menghargai keprihatinan ditunjukkan. Cuma, Cico memang perlukan rawatan secara berterusan dan kadangkala sukar untuk saya terima sesuatu tawaran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 April 2018 @ 11:10 AM

‘Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja’- Luah Uji Rashid

Insan yang bernama Uji Rashidsememangnya membuatkan dirinya diuji sepanjang hidup. Penyanyi popular 70-an ini terpaksa mengharungi banyak dugaan dan ujian antaranya kini dia tinggal bersama-sama anak lelaki, Cico Harahap dan cucunya, Rindu Norfitrah apabila dipaksa keluar dari rumah dek tidak mampu membayar sewa.

Tatkala memandang pada kehidupan hari tuanya yang dihimpit kesusahan, timbul persoalan kemampuan anak tunggalnya, Cico Harahap atau Ezzaq Farrouq HarahapJamaludin, 39, untuk membantu keluarga. Pada tidak mengenali lebih rapat Uji, mesti ramai hairan kenapa Cico bergantung terus pada ibunya.

Menurut temubual Uji bersama Utusan Online, dia meminta agar jangan terus mencari salah anak tunggalnya.

“Memang itu yang saya harapkan apabila saya tua seperti ini agar anak saya menggalas tanggungjawab untuk menjaga saya. Tetapi itu hanya perancangan saya, yang menentukan kuasa Allah.

Cico Tak Boleh Membaca

Uji turut berkongsi kesedihan terhadap perubahan anaknya selepas terkena penyakit misteri yang mengakibatkan Cico tak boleh bercakap dan membaca.

“Selepas terkena penyakit misteri, kehidupan anak saya tidak seperti orang lain. Tidak boleh membaca dan bercakap adalah sebahagian daripada penyakit yang dihidapi. Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa,” kongsinya.

Cico Menghidapi Penyakit  Misteri

Mungkin ramai yang tidak tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. Sebelum Uji ada membuat temubual eksklusif bersama Hangat.com. Dia berkongsi perkembangan mengenai keadaan kesihatan anaknya yang kini menjalani rawatan Islam.

Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.
Uji Rashid Kongsi Kesakitan Cico Selepas Diracun
Mungkin ramai yang ingin tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. Cico atau nama sebenar Cico Harahap. Cico yang sering ditemui di salah sebuah pusat kecergasan bersama ibunya artis popular 70an, Uji Rashid sempat bertemu dengan penulis Hangat.com untuk mengetahui perkembangan terbaru Cico.

Bertanya mengenai keadaan kesihatnnya, Uji kini menjalani rawatan Islam dan selain akan membawa Cico ke Hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Walaupun Uji agak terkesan dengan musibah yang terjadi pada anaknya namun dia redha sehinggan Uji masih belum menemui jawapan motif mereka tidak bertanggungjawab buat sesuatu yang tidak baik Cico.

 

“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.

Rasa sayu bila lihat keadaan Cico yang lebih banyak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi bersama anak dan ibunya. Kali terakhir Uji mendengar suara Cico seperti normal sebelum dia meminta kebenaran untuk keluar bersama teman-temannya. Sejak dari saat itu Cico tidak pulang dari rumah dan sudah dihubungi berkali-kali namun tidak berjawab.

Menurut Uji, Cico pulang ke rumah terus ke bilik dan tidur sehinggakan dia sendiri tidak menyangka anaknya dalam keadaan tidak normal. Disebabkan Cico tidur terlalu lama dan tindakan Cico berdiam selepas ditanya berkali-kali buatkan Uji merasa sangsi.

Uji mendakwa Cico tidak kenal anaknya Rindu Norfitrah yang kini berusia lapan tahun.

“Saya berkali-kali bertanya pada Cico apa yang terjadi malam sebelumnya sehingga dia tidak kenal anaknya sendiri ( Rindu Norfitrah), tapi Cico tetap tidak berkata apa-apa”

Uji berkata, dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Cico di tawarkan untuk berubat bersama rakan silatnya untuk menjalani rawatan dengan tukang urut dari Batam.

Selepas diselidik, Uji dapat tahu Cico ditimpa malang oleh seseorang yang meletakkan racun dalam minumannya sehinggakan Cico jatuh sakit.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di tempat kejadian tetapi saya dapat tahu ia hanyalah minuman biasa yang diletakkan racun.”

Sehingga kini Cico menjalani rawatan secara Islam di beberapa lokasi seperti di Mantin dan sekitar Sabah. Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim dan berapa teman-teman lain.

“Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah dan banyak membantu Cico untuk memulihkan kesihantanya. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.

Uji turut berterima kasih dan terhutang budi pada beberapa orang individu yang banyak membantu Uji dengan memberi semangat serta usaha bagi memulihkan Cico.

“Terima kasih kepada Ustazah Sharifah Khasif, Dyg & keluarga, Datin Naini, Datuk Inchun, Dato’Hashim, Ustaz Amin dan keluarga, Cikgu Hadi , Shamsul & team, Azman & friends, Acong, Marya, semuanya yang berada di HUKM, who made me realize the light at the end of the tunnel, saw Allah showing all of us.”

“Tak lupa juga pada rakan-rakan media dan blogger yang mengenali Cico kerana tak henti-henti memberi sokongan,” tambah Uji sebelum mengakhiri bicara.

Sumber hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *