Pelajar Straight A SPM Bunuh Diri Terjun Bangunan Kerana Depresi

Belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang bukan perkara yang mudah. Ada sebilangan pelajar sanggup korbankan nyawa sendiri kerana tidak tahan dengan expectation ibu bapa dan guru yang terlalu tinggi. Ini termasuklah dengan seorang gadis di Seremban ni.

Menurut WORLD OF BUZZ, seoranggadis pintar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini telah dijumpai meninggal dunia lepas terjun dari bangunan tingkat 14 di sebuah apartment di Seremban. Gadis tersebut khabarnya baru berusia 20 tahun.
Sumber: FB Press
Gadis dikenali sebagai Lin itu bercita-cita mahu menjadi seorang guru dan merupakan seorang pelajar yang sangat pandai. Demi merealisasikan cita-cita nak jadi seorang guru, Lin belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mendapatkan 10A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

 

Lin diterima untuk menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah namun selepas tu dia mengalami masalah depresi dan terpaksa transfer balik ke sebuah institusi pengajian kat Seremban untuk sambung belajar.
Sumber: FB Press
Parents memang bimbang dengan keadaan dia sampai dorang terpaksa install GPS Tracker kat telefon bimbit Lin. Ini untuk memudahkan dorang keep track kat mana lokasi Lin takut something happen.

Hari Isnin hari tu, ibu bapa dapat tahu yang Lin tiba-tiba berada kat kawasan bangunan apartment. So dorang cepat-cepat la hubungi Lin nak periksa keadaan dia. Tapi Lin tipu katparents dia dan cakap yang dia tengah lepak dengan kawan-kawan.
Sumber: China Press
Lepas quite some time, parents Lin tak dapat nak hubungi anak dorang dan dah mula bimbang. Tiba-tiba dorang dapat tahu yang Lin dah terjun dari tingkat 14 bangunan sekitar pukul 8:45 malam, iaitu sejurus lepas parents diacall tu. Lin juga ada tinggalkan nota bunuh diri mengatakan betapa dia dah taknak hidup.

Kalau korang jumpa saya masih hidup, tolong minta doktor jangan selamatkan saya.”

Dalam surat tu jugak Lin beritahu yangdia sangat tertekan dan takut kalau dia kecewakan ibu bapa dia. Lin tulis yang dia tak dapat nak catch up dalam pelajaran dan harap ibu bapa dia dapat jalani kehidupan yang baik lepas ni.

 

Sumber: FB Press
Lin berterima kasih kepada ibu bapa kerana membesarkan dia dan minta abangnya untuk tolong jaga ibu bapa mereka. Gadis ini juga sanggup dermakan organnya kepada sesiapa yang memerlukan. Dan bangunan tempat Lin pergi tu rupa-rupanya memang tempat ramai orang bunuh diri selama ni.

Sedihnya, dia pelajar cemerlang tapi hilang nyawa macam tu je. Kalau korang rasa asyik tertekan je, cuba dapatkan nasihat orang yang lebih pakar…

Sumber : lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *