Isu Rendang Crispy. Ini PENJELASAN Zaleha Peserta MasterChef Mengapa Dia MEMBISU

PETALING JAYA: Selepas menjadi sensasi di seluruh dunia berikutan komen negatif 2 chef televisyen Britain mengenai rendang ayamnya, Zaleha Kadir Olpin, anak kelahiran Malaysia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertahanannya tetapi masih mengunci mulut kerana beliau masih terikat dengan kontrak.

 

 

 

 

“Sebelum menjadi peserta MC (MasterChef), setiap orang daripada kami perlu menandatangani kontrak dengan BBC dan penerbit, Shine TV,” kata Zaleha dalam kiriman Instagram hari ini, beberapa hari selepas beliau disingkirkan dari pertandingan memasak popular itu.

 

“Saya tidak mengabaikan anda atau tidak bersyukur. Saya tidak dapat memberi komen mengenai isu ‘rendang’,” katanya.

 

Zaleha, yang memasak rendang pada pusingan suku akhir pertandingan itu, menyediakan nasi lemak dengan rendang ayam, tetapi masakannya dikritik jurinya, John Torode dan Gregg Wallace yang mengatakan kulit ayam “tidak garing”.

 

Komen mereka membangkitkan kemarahan di media sosial, dengan kebanyakan mereka berkata tidak pernah mendengar mengenai rendang ayam garing.

 

“Mengatakan rendang ayam harus garing seperti mengatakan hamburger perlu direbus,” pakar makanan jalanan Asia, KF Seetoh memberitahu Reuters.

 

Kejadian itu juga menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan perbezaan mereka dan bergabung menyokong Zaleha.

 

Zaleha berkata dia tersentuh dengan “sokongan hebat”, dan berterima kasih kepada chef Malaysia, Chef Wan dan Norman Musa.

“Kalian adalah legenda,” tulisnya.

Kredit : FMT

MasterChef UK Komen Rendang Ayam Tak Rangup, Ini Jawab Najib, Tun M. Respond Tun M paling WIN!

PETALING JAYA: Episod MasterChef UK mencetuskan sesuatu yang mustahil, apabila menyatukan dua pemimpin politik berlainan parti dalam mempertahankan peserta warga Malaysia yang tersingkir dari suku akhir program realiti televisyen itu pada Isnin.

Juri-juri mengkritik nasi lemak yang disajikan Zaleha Kadir Olpin apabila salah seorangnya, Gregg Wallace, mengatakan bahawa rendang ayam yang mengiringi hidangan utama itu kurang rangup.

Kritikan tersebut cukup membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia, malah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell, turut menegaskan di Twitter bahawa rendang ayam tidak pernah rangup.

Rendang ayam merupakan hidangan kari kering di mana ayam itu dimasak dalam santan dan rempah sehingga empuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan yang sama mengenai rendang ayam.

“Mana ada orang makan rendang ayam rangup?,” kata Najib di Twitter dan Instagram pada Selasa.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir turut menyindir menerusi responnya kepada salah seorang chef berkenaan di Twitter, “Mungkin anda keliru antara ayam rendang dengan KFC,” katanya yang merujuk kepada rangkaian restoran makanan segera berkonsepkan ayam goreng itu.

Malaysia dijangka mengadakan pilihan raya pada akhir April atau awal Mei, di mana Najib menerajui Barisan Nasional, manakala pihak pembangkang, Pakatan Harapan diketuai oleh Dr Mahathir.

Selain itu Chef Wan Bengang Dengan MasterChef UK.

omen dibuat juri program MasterChef UK berhubung nasi lemak rendang ayam hasil air tangan peserta Zaleha Kadir Olpin bukan saja mengundang kemarahan rakyat Malaysia, malah turut mendapat perhatian chef selebriti terkenal, Chef Wan.

Dalam mempertahankan masakan tradisi yang dekat di hati umum itu, Chef Wan berkata kedua-dua juri iaitu John Torode dan Gregg Wallace tidak mempunyai pengetahuan luas dalam bidang diceburi mereka.

“Dia (Zaleha) bukan menghidangkan Duck Ala Orange atau Confit D Carnard, kedua-duanya juga tidak memerlukan kulit yang garing.

“Terdapat juga komen mengenai nasi lemak dan sambal yang saya anggap tidak adil dan mengecewakan.

“Juri nampaknya tidak tahu kaedah sebenar untuk memasak makanan kita dan kaedah menyiapkannya,” katanya melalui Instagram.

Status dimuat naik itu turut disertakan dengan imej hidangan rendang ayam. Setakat semakan Malaysiakini hingga pagi ini, ia mendapat lebih 3,000 tanda suka.

Sebelum tersingkir, Zaleha perlu berdepan cabaran untuk memasak hidangan yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Wanita itu memilih juadah nasi lemak dimasak bersama rendang ayam kerana ia makanan kegemarannya sejak kecil.

Bagaimanapun, Torode dan Wallace tidak berpuas hati terhadap hidangan disediakan.

Ternyata ulasan daripada Wallace lebih menjengkelkan kerana dia berpendapat “kulit ayam tidak rangup” selain berkata kuah berlebihan pada rendang menjadikanya sukar untuk dimakan.

Torode pula berkata, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar.

Juri kemudian mengambil keputusan untuk menyingkirkan Zaleha atas alasan yang dianggap umum sebagai tidak munasabah itu.

Hal ini turut menimbulkan keanehan kerana seorang daripada juri berkenaan iaitu Torode pernah mengacarakan John Torode’s Malaysian Adventure untuk saluran Good Food yang disiarkan pada tahun 2015.

Pendek kata, sepatutnya Torode sedia maklum mengenai juadah yang menjadi kegemaran di negara ini.

Gesa tarik balik keputusan

Chef Wan atau nama penuhnya Datuk Redzuawan Ismail dalam pada itu menggesa juri MasterChef UK untuk menarik balik keputusan yang dibuat ke atas Zaleha.

“Tidak mengapa jika dia kalah untuk sebab yang sepatutnya, tetapi bukan dalam kes ini.

“Mereka perlu memasukkan dia semula dalam program itu dan memohon maaf kepadanya secara umum jika MasterChef UK mahu memulihkan semula kredibiliti mereka,” katanya.

Sementara itu, Zaleha berkata, biarpun pahit, penyingkirannya daripada rancangan yang disiarkan saluran BBC pada 25 Mac lalu itu memberi pengalaman paling berharga.

“Kecewa disingkirkan dari #masterchefuk tetapi saya tetap berpegang kepada cara tradisi untuk memasak nasi lemak. Saya tidak akan menukar kaedah itu untuk apa jua alasan sekalipun.

“Terima kasih kerana sokongan dan ucapan. Sepertimana pernah diluahkan seorang rakan, perkara yang tidak membunuh menjadikan kita lebih kuat,” katanya

Untuk makluman, Zaleha, 48 tahun berasal dari Kuantan, Pahang kini menetap di Bristol, UK bersama suami dan dua anak perempuan.

sumber

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *