“Bila Bukak Kotak Nie Akan Ada Rasa Satu Keinsafan”-Netizen Puji Ds Shahida Hadiahkan DS Aliff Hadiah Hari Lahir Yang Tak Disangka

Baru-baru ini usahawan kosmetik terkenal iaitu Ds Aliff Syukri di katakan sudah pun selamat menyambut hari lahirnya yang ke 31. Nampak meriah betul majlis sambutan hari lahir Ds Aliff itu. Tetamu yang datang juga adalah di kalangan ramai kenalan popular termasuk artis terkenal.


Selain itu, Ds Aliff juga menjemput ramai pihak yang pernah bekerjasama dengannya dalam melakukan banyak projek termasuklah Lisa Surihani dan juga Yusry KRU. Pendek kata, malam sambutan hari lahir beliau di istana mewah itu terlihat sangat meriah dan penuh dengan warna-warni. Memang betul-betul mewah orang cakap sambutannya.

Tema pada malam itu adalah tema Bollywood maka memang ada tarian Bollywood di persembahkan kepada orang ramai. Hadirin yang hadir juga nampak seronok dengan semua aktiviti yang ada pada malam itu.


Seperti biasa, ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat apakah hadiah yang di berikan oleh Ds Shahida kepada Ds Aliff Syukri. Katanya, Alif Syukri sangat sukakan jam tangan mewah namun dia mengagak mungkin bukanlah seutas jam yang di berikan oleh isterinya. Kata Ds Shahida, hadiah yang di berikan olehnya tidaklah mahal namun akan ada rasa satu keinsafan apabila kotak hadiah itu di buka.

Aliff Syukri nampak teruja ketika membuka kotak hadiah yang besar itu namun tergamam sambil menutup mulut bila melihatnya. Rupa-rupanya hadiah yang di berikan oleh Ds Shahida adalah senaskah al-quran buat Aliff Syukri.

Kata Ds Shahida, dia berharap agar suaminya dapat belajar mengaji. Asalnya Aliff Syukri nampak sedikit sentap namun tetap berterima kasih kepada isterinya sambil memeluk Ds Shahida. Auw sweetnyer.

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *