“Tiada Pendaftaran Nama Datuk Boy Iman Sebagai Calon Doktor Falsafah” – Universiti Malaya

Universiti Malaya menerusi sebuah kenyataan media hari ini menjelaskan status pendaftaran calon Doktor Falsafah Datuk Boy Iman.

Nama pelakon itu disahkan tidak pernah didaftarkan sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di universiti tersebut.

“Universiti Malaya ingin menarik perhatian umum berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

“Pihak UM telah membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM. Sekian, terima kasih,” maklum kenyataan tersebut.

Datuk Dr. Boy Iman sebelum ini pernah memuat naik entri di Instagramnya membuktikan kredibilitinya memiliki Doktor Falsafah dari Universiti Malaya lengkap berserta sekeping fail tertera nama dan gambarnya.

“Buat mereka yang bergelar pak cik bawang dan mak cik bawang,” tulis Boy Iman.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @unimalaya

 

(2017) Saya terima PhD Kehormat – Boy Iman

PENGHUJUNG 2016 menyaksikan seorang artis, Boy Iman menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta yang tular di laman media sosial Facebook.


Boy Iman

Walau bagaimanapun, penganugerahan tersebut mengundang pertikaian ramai pihak apabila majlis konvokesyen yang diadakan didakwa tidak ubah seperti ‘cabutan bertuah’.

Akibat terlalu banyak gelaran ‘doktor falsafah’ palsu, ramai orang bertanya kajian dan jurnal yang ditulis oleh dia atau nama sebenarnya Norul Iman Abd. Rahman, 37, sehingga melayakkannya menerima ijazah berkenaan.

Dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia Sabtu, dia menerima ijazah itu sebagai satu anugerah yang diberikan oleh kolej swasta berkenaan.

“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

“Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’.

“Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu,” jelasnya.

Katanya, dia telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk tesis serta tugasan lain bagi memenuhi keperluan ijazah tersebut.

Sumber – http://m.utusan.com.my/hiburan/saya-terima-phd-kehormat-8211-boy-iman-1.438558

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *