“Da Baligh Kan,Nak Menari Masuk Bilik La”-Kritikan Netizen Selepas Susulan Tarian Izara

Tidak dapat dinafikan kelincahan Izara Aishah baru-baru ini di sebuah majlis pertunjukan fesyen namun ada sesetengah warga laman sosial sakit mata dengan perkara tersebut dan meninggalkan komen yang menyakitkan hati. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, tidak usahlah ambil kisah.

Da Baligh Kan

Namun rata-rata peminat Izara menyokong apa yang dilakukan oleh pelakon berkenaan dan menasihatkan agar Izara tidak mengambil pusing terhadap kritikan tersebut.

Mahu buat macam mana, Izara memegang status selebriti dan majlis yang diadakan pula mendapat liputan di laman sosial. Apa yang pasti, tuan empunya badan tahu apa yang dilakukan.

Inilah kenyataan selebriti dan juga rakyat biasa yang hidup di era kepesatan laman sosial. Lagipun isu sebegini hanya timbul dalam jangka masa yang sekejap saja. (rtky/s)

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Izara Aishah memberitahu suaminya, Adib Khalid tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam lakonan. Malahan, beliau juga pelik dengan sikap suaminya yang tidak pernah cemburu dengan lelaki gandingannya selama ini.

“Adib tidak pernah ada rasa cemburu terhadap mana-mana lelaki yang berlakon di samping saya sama ada dalam drama atau filem. Kadang-kadang pelik juga. Bagaimanapun, mungkin kerana Adib juga sudah biasa dengan industri seni menyebabkan dia memahami”

“Cuma kalau boleh biarlah ia berjalan secara perlahan-lahan memandangkan kami pun baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki awal, kami bersyukur,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Melalui kehidupan baru sebagai isteri, Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal. (rtky/w)

Lengkap dengan busana bagaikan pelakon ataupun ratu Hindi, kelincahan Izara menari atas pentas dengan penuh perasaan serta bertenaga memukau para hadirin di pertunjukan fesyen tersebut serta netizen di media sosial yang menonton video tariannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *