Deja Moss Redha, Suami Failkan Permohonan Cerai Di Mahkamah

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai”, Deja Moss Redha, Suami Failkan Permohonan Cerai Di Mahkamah

Deja Moss Redha, Suami Failkan Permohonan Cerai Di Mahkamah

Penyanyi Deja Moss mengesahkan bahawa suaminya, Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur minggu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata, bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai.

“Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat.  Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya.

Ditanya punca perceraian, ulas Deja, antara alasan adalah kerana mereka tidak mempunyai anak.

“Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

“Saya reda bercerai,” jelasnya.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.

Image result for deja moss bercerai

“Bagi mengelak terlalu memikirkan mengenai perkara ini sekarang saya tumpukan kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures.

“Dan saya menghambakan diri kepada Pencipta saya,” ujar Deja positif.

Sumber: Gempak.com via Sinar Harian

Sebelum ini sebelum kahwin  ‘Biarlah Fendy yang jawab’ – Deja Moss

Nampaknya pada tahun ni penyanyi Deja Moss senyum sampai ke kepala sebab dia gembira sangat. Gembira yang pertama kerana kek-kek lapis Sarawak yang dijualnya bukan main laku lagi.

Tahun ni Deja dapat jual 140 biji kek lapis yang setiap satunya berharga RM120.

Aku tak sangka, tahun ni permintaan kek lapis memang tinggi. Walaupun nak buat dia tu memakan masa satu hari tapi puas hatilah juga dapat banyak tempahan,kata Deja.

Adat orang berniaga, tentulah rasa seronok kalau barang yang dijual itu ada orang berebut nak beli. Yang kedua menyebabkan senyum Deja tu semakin lebar, Niezam tengok dia semakin bahagia sekarang ni.

Bila diusik terus ketawa. Itulah tandanya orang yang sedang dilamun asmara.

Pada majlis meraikan pelakon-pelakon veteran di Saloma Bistro baru-baru ni, ternampak Deja bukan main sedap menjamu selera. Niezam sempat usik Deja. Wah romantis dan semakin bahagia dengan cik abang sekarang ni?

Dengan penuh gembira, Deja menepis persoalan yang dia sedang dilamun cinta. Wah… wah… takkan nak sorok kut Deja? Yang penting Deja minta bertanyakan sendiri mengenai hubungannya dengan Azfendy Azzuddin, 28, kalau nak tahu sejauh manakah hubungan mereka itu.

Kata Deja, dia tak mahu komen. Biarlah Fendy sendiri yang jawab soalan itu. Kebetulan pula Niezam pun dah lama tak berborak dengan Fendy. Kali terakhir kami bertemu kira-kira empat tahun lalu iaitu beberapa hari selepas dia melangsungkan pertunangannya dengan seorang pelakon.

Niezam tak mahu sebut siapa pelakon tu sebab tak mahu mengguris hati mana-mana pihak. Kepada yang tahu tu, tahulah sebab hubungannya dengan pelakon itu pun sudah putus.

Ketika berborak, secara jujur Fendy mengaku hatinya sememangnya sudah terbuka untuk menjadi seorang suami. Nak enjoy pun dah puas. Membujang pun dah puas. Fendy nak mencari satu pengalaman baru dan ingin lupakan kisah silam yang banyak mengguris hatinya.

Niezam tanya adakah Deja yang akan menjadi isteri itu? Dia senyum dan tidak mengesahkannya. Tetapi kita faham-faham sajalah siapakah insan yang dimaksudkannya?

Cuma kata Fendy, buat masa ini dia masih belum memikirkan secara serius lagi hasrat tersebut tetapi setakat ini keluarga dia dan Deja masing-masing mengenali.

Kebetulan pula ibunya dan ibu Deja merupakan kenalan baik sejak sekian lama kerana kedua-duanya berasal dari Sarawak.

Disebabkan hubungan kekeluargaan yang sudah lama terjalin itu menyebabkan mereka menjadi lebih akrab.

Saya memang suka berkawan dengan Deja. Dia ada perancangan hidupnya sendiri dan saya pun begitu. Tetapi terus terang saya katakan hubungan saya dengan Deja menjadi rapat selepas saya putus tunang,cerita Fendy.

Selepas pulang dari belajar di United Kingdom, Fendy aktif dalam pasukan bola sepak. Tetapi sekarang ni dia sudah bekerja sebagai eksekutif kanan di syarikat perkhidmatan gas dan minyak.

Walaupun Deja enam tahun lebih tua daripada Fendy tetapi hubungan mereka nampak matang dan kedua-duanya pula memang sepadan. Jadi, buat apa ditunggu lagi kalau dah sesuai tu, carilah tauke pelamin buat tempahan.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *