Hampir Tak Kenal! Solekan Di Usia Remaja 5 Artis Ini “Menakutkan”

Siapa sangka suatu ketika dahulu solekan yang dikenakan pada wajah kebanyakan selebriti tempatan, merekalah diantara yang paling jelita dan menawan.

Dan kini, dengan perubahan era dan mekap zaman kini yang lebih ringkas tetapi kelihatan cantik menjadi pilihan utama.

[Hangat.com] Jika dibandingkan wajah mereka terdahulu dan yang terkini sudah pasti selebriti-selebriti ini tertanya apakah yang terjadi pada wajah mereka dahulu.

Hangat.com bawakan kembali wajah terdahulu artis-artis ini.

1. Jasmin Hamid (2005)

Jasmiah Abdul Hamid (lahir 8 Disember 1972) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysiayang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.

2. Didie Alias (2000)

Fadzilah Mohd @ Ali (lahir 11 Januari 1972)[a]atau lebih dikenali sebagai Didie Aliasmerupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia.[2] Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1988. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca.

3. Ifa Raziah (2001)

Yang Berbahagia Dato’ Saripah Raziah Binti Mustapha[1][2] (lahir 22 September 1975) atau popular dengan nama pentasnya, Ifa Raziah, ialah seorang penyanyipelakonpelawak, penghibur, pengkritik, dutausahawan dan juga pengacara TV yang terkenal di MalaysiaIndonesia dan Singapura.[3] Selain itu, Ifa terkenal dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia dek kerana popular menerusi lagu Ser…Ser…Ser…. Beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan.[4] Di samping itu, Ifa juga turut sinonim dengan tagline Sukerr..Banggee.. dan Pukpukpukk.

4. Lana Nordin (2001)

Mazlina Hasan Nordin atau dikenali sebagai Lana Nordin (juga dikreditkan sebagai Lana Nodin) ialah seorang peragawati yang kemudian menjadi pelakon[perlu rujukan] di era 2000-an. Beliau dilahirkan pada 5 Mei, 1979 di Kuching, Sawarak, Malaysia dan kini mendapat jolokan sebagai Pamela Anderson Malaya.

5. Ning Baizura (awal 90-an)

 

Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor.

sumber: hangat.com, wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *