Jari patah tapi seluar bunga dapat perhatian

Seluar bunga yang dipakai Remy menjadi tumpuan pengikutnya di Instagram.

PELAKON Remy Ishak berhadapan dengan nasib malang yang mengakibatkan jari kaki kirinya patah pada Sabtu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 36, berkata kejadian tersebut berlaku ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri untuk watak terbaharunya.

“Ok, cerita dia macam ini. Semalam latihan untuk projek terbaru menjadi MMA fighter. Nasib tak berapa baik.

“Tersilap langkah, jari kaki abang terkeluar dari landasan. Ini pertama kali dalam hidup abang berlaku kejadian patah-patah macam ini.

“Kelakar betul lah!,” tulis Remy di laman Instagramnya.

Menurut Remy, kecederaan tersebut merupakan kali pertama berlaku sepanjang menjadi anak seni.

Beberapa foto dia berkerusi roda yang dimuat naik di laman sosial mendapat perhatian pengikutnya.

Jari kaki kiri Remy patah ketika menjalani sesi latihan mempertahankan diri.

https://www.instagram.com/p/BhP-tY5HQ6I/

Menariknya, penampilan Remy yang memakai seluar bercorak bunga turut menjadi tumpuan netizen.

“Sakit punya sampai jari patah boleh smart lagi. Elok! Jaga diri dan semoga sihat.

“Tertarik dengan seluar bunga abang @remyishak. Mat bunga sangat…

“Yang penting seluar bunga-bunga on point,” komen beberapa pengikutnya.

Selain itu, peminatnya turut mendoakan hero drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu cepat sembuh.

“Hehe… Lain kali kena berhati-hati. Harap dapat berehat dengan secukupnya ok.

“Rehat cukup abang! Kaki jangan lenjan selagi belum betul-betul kuat. Semoga cepat sembuh.

“Ala semoga cepat sembuh bro @remyishak dan semoga Allah permudahkan semuanya,” tulis peminatnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/07/remy-jari-patah/#IFfVEzcY6tREQ5oH.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *