Manifesto: BR1M digandakan!



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isi rumah pendapatan RM3,000 dan ke bawah bagi pemberian pada Jun dan Ogos depan akan digandakan dari RM400 ke RM800.

Menurut laporan Bernama, ia diumumkan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Sabtu malam dalam Manifesto BN bertemakan ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ yang dilancarkan beliau untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Selain itu, bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 akan disalurkan kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Ini antara janji yang terkandung dalam Manifesto BN yang dilancarkan Najib di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, Sabtu malam.

Dalam dokumen bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu, BN juga berjanji akan memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan.

“Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan BR1M walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin,” kata manifesto itu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/07/manifesto-bn-br1m/#jRZAlZLXijED2wA8.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *