(Video) “Ya Ampun Cantiknyer Bilik Utama Dia,Macam Bilik Istana Raja Dah”-Netizen Kagum Tengok Bilik Utama Rumah Baru Aliff Syukri Yang Super Mewah

Setelah masuk 5 tahun menunggu dan bersusah payah mengumpul wang bagi membangunkan rumah idaman, akhirnya Ds Aliff syukri sudah mampu untuk menarik nafas lega kerana rumah impiannya itu sudah pun menjadi kenyataan. Rumah yang persis istana raja ini memang di bangunkan dengan design begitu kerana menurut Aliff Syukri sejak dari kecil dia memang berangan untuk tinggal di istana raja.


Setelah kuat berusaha untuk memajukan diri dalam perniagaan, barulah Aliff Syukri berkesempatan untuk memenuhi impian kanak-kanaknya itu. Kata Aliff Syukri,semua ini dia lakukan adalah untuk menyediakan tempat tinggal paling terbaik buat isteri dan anak-anak untuk sekarang dan juga untuk masa depan. Rumah sudah siap,makanya ramai blogger dan juga wartawan di jemput hadir bagi mereka yang berminat untuk melihat ruangan dalam. Sebelum ini,Aliff Syukri berkongsi gambar ruang tamu dan ruang bilik tidur tetamu kepada para followers. Itu pun sudah nampak cantik dan sangat mewah untuk di pandang.

Rumah mewah ini di katakan mempunyai sehinggakan 30 buah bilik. Banyak betul bilik yang Ds Aliff sediakan. Di luar rumah pula ada sebuah banglow untuk di huni oleh para tetamu keluarga mereka. Kiranya tetamu boleh tinggal di dalam bilik tetamu atau tinggal di rumah khusus yang Ds Aliff sediakan.

Ramai yang tertanya-tanya,bagaimana pula rupa bilik tidur utama? Makanya Aliff Syukri pun sudi untuk tunjukkan ruang utama bilik tidurnya itu.Ya ampun,sangat besar dan mewah. Menurut Aliff Syukri, ruang bilik ini masih belum siap sepenuhnya dan banyak perincian akan di masukkan tidak lama lagi.Ruang baju, tandas,semuanya nampak sangat mewah.Ini adalah pintu laluan ke bilik tidur utama di mana melalui bilik ini, ada pemandangan luas yang boleh di lihat melalui balkoni.

Anda boleh menonton rakaman bilik utama itu melalui video ini pada minit ke 9:45.

Sumber-KisahDunia.COM via ceritadunia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *