“Fuyoo,Tak Sangka Rendang Malaysia Terkenal Di Mata Dunia Sekelip Mata Sahaja”-Netizen Kagum Kes Rendang Ayam Tak Crispy Kini Masuk British High Comm Dan BBC

Masihkan anda ingat akan kes viral rendang ayam tak crispy di dalam program MasterChef UK beberapa hari yang lalu? Siapa sangka sebenarnya, masakan rendang istimewa yang di sediakan oleh Puan Zaleha Kadir ini telah menjadi viral sekelip mata sahaja dan menarik perhatian jutaan ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pangkat.Memang dasyat dan hebat rakyat Malaysia nie.

Rendang itu nampak sangat istimewa dan semuanya nampak sangat sempurna. Namun sayangnya Puan Zaleha di gugurkan kerana menurut Chef yang bertugas sebagai juri dalam program itu menyatakan ianya tidak crispy. Sefaham rakyat Malaysia, crispy itu membawa maksud tidak rangup dan ramai yang tidak puas hati Puan Zaleha kecundang atas alasan rendangnya tidak rangup. Namun Chef berkenaan tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya dalam memberi kritikan malah tetap dengan pendirian kritikannya dengan menyatakan bukannya ia tidak crispy tetapi ayam yang di hasilkan itu tidak masak. Kenyataan itu telah menambah lagi rasa bengang dan rasa tidak puas hati ramai netizen dari Malaysia.

Ekoran itu, ramai pihak memberikan komen berbau sinis kepada juri yang memberi kritikan tersebut.Kata mereka, juri itu sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai masakan Malaysia namun tetap memberi kritikan yang langsung tidak membina.

Di sebabkan kes ini menjadi viral besar dan akaun twitter serta Youtube Chef tersebut di serang habis-habisan, tweet dan kenyataan yang di keluarkan itu telah di padam olehnya.

Yang lebih menarik, kes rendang tidak crispy ini telah masuk ke British High Comm.

Lebih dari itu, Datuk Chef Wan juga turut di hubungi oleh pihak BBC untuk menjelaskan tentang menu rendang ayam itu kepada pihak mereka kerana BBC juga mahu menyiarkan tentang perkara itu kepada orang ramai.Fuh, tak sangka rendang ayam Malaysia telah viral hebat di peringkat antarabangsa. Tabik besar kepada Puan Zaleha kerana dialah yang menjadi hero kepada menu rendang ayam itu yang kini di kenali dengan lebih meluas.Kan?Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang bersatu hati untuk mempertahankan menu ibunda tercinta tidak kira apa jua pangkat dan kaum.

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *