Jodoh Tak Panjang! 5 Artis Malaysia Ini Diceraikan Suami ‘Mat Salleh’.. Bekas Suami Artis No 2 Ini dikatakan Kantoi ‘khalwat’ Di Dalam Rumah

Kisah cinta kebanyakkan artis cantik Tanah Air kadang-kadang tak segemerlap kariernya. Beberapa artis juga harus mengalami patah hati mendalam seperti ditinggal pasangan hingga bercerai dengan suami. Akhirnya mereka pun harus bergelar status janda.

Begitu pula yang dialami oleh artis cantik yang menikah dengan lelaki inggeris di bawah ini. Mereka harus rela kehidupan rumah tangganya berakhir dan kembali menjalani hidup sendiri tanpa pasangan.

Siapa saja mereka? Berikut 5 artis cantik Malaysia yang akhirnya harus bergelar janda setelah bercerai dengan suaminya yang buyang berasal dari negara Inggeris, seperti yang dirangkumkan oleh Hangat.com dari berbagai sumber.

1. Maya Karin

Maya Karin bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah.Penceraian Maya Karin berlaku genap selepas sepuluh hari mereka mengesahkan perkahwinan mereka. Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago.

2. Serina Redzuawan

Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina  34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian, Gavin Edward O’luanaigh. Gavin atau nama IslamnyaSalahudin Ghaffar dan Serina bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.

3. Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim sah bercerai talak tiga dengan suaminya warga Australia iaitu Amir Andrew John Browning.

Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut ‘I Divorce You’ sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.

Sarimah bernikah untuk kali kedua bersama jejaka pilihannya iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

4. Jeslina Hashim

Jeslina sudah empat tahun hidup solo. Dia sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada Mac 2013. Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,  Micah, 8 dan Keira, 6.

Jes pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15 menerusi filem Seri Dewi Malam.

5. Leina Hangat

Penderitaan Liena Hangat akibat digantung tidak bertali lebih empat tahun lalu berakhir apabila dia dibenarkan buat tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah.

Liena mendakwa bahawa suaminya bukan sahaja berubah menjadi pemabuk dan menyimpan perempuan lain sejak berpindah ke Singapura pada Mac 2003, tetapi juga turut memukulnya.

Katanya, keadaan tersebut berbeza semasa mereka tinggal di Pelangi Beach Resort, Langkawi selepas bernikah pada 21 Ogos 2002.

Sumber:hangat.com

“Dia Ditangkap Khalwat Ketika Anak-Anak Di Rumah” – Serina Harap Dapat Hak Jagaan Anak

Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram.

Memuat naik foto bersama dua orang anaknya, Serina memberitahu kesedihan yang ditanggung di ruangan kapsyen.

“Assalamualaikum. Hari ini Serina akan bagi tau apa yang berlaku sebenarnya yang selama ini I pendam dan tanggung kesedihan.

“Mungkin ramai yang dah baca statement yang my father keluarkan di IG dia. Secara jujur I tak suka nak sensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula berkaitan anak-anak Serina.

“Memang sekarang I melalui dugaan yang perit bekas suami cuba membuli dan menyeksa emosi I sebagai ibu, Gavin dengan sengaja juga pisahkan kasih sayang I dan anak-anak. Dulu I boleh jumpa anak-anak hari-hari now dia hanya benarkan jumpa hujung minggu itupun skejap sahaja.

“Pelbagai alasan dia kasi. Dia busy kan anak-anak dengan aktiviti sampai I tak berpeluang nak spend time ngan them. Memang kejam apa yg dia buat! I bersabar selama ni.

“Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap khalwat anak-anak di rumah ketika tu. Ini dah melampau. I risaukan akidah anak-anak terjejas, doakan Serina akan ambil semula hak jagaan anak anak.

“Dulu kami buat persetujuan bersama jaga anak-anak tinggal dengan bekas suami untuk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian. Setiap kali balik sekolah I boleh jemput dan uruskan tengok semua aktiviti di rumah, kerja sekolah termasuk mengaji dengan Ustazah.

“But now dia tak benarkan I naik atas rumah dan ambil anak sekolah lagi. Semua perjanjian bersama syarat dan perjanjian di rekodkan di mahkamah tapi dia dah langgar perintah mahkamah dan ubah undang-undang sesuka hati halang I jumpa anak anak.

“Sekarang biarlah mahkamah yang tentukan segalanya. I hanya nak pembelaan sebagai seorang ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang ayah dan anak-anak. Serina mohon doakan Serina dan keluarga. Buat masa ni I perlukan sokongan dari semua,” tulis Serina panjang lebar.

Selepas dua tahun tinggal berasingan, Serina, 35, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Ogos 2017.

Serina dan Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber; Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *