Misteri identiti mayat lelaki yang lengkap berpakaian ditemui terbaring dengan kesan tembakan di Kawasan Ladang Sungai Rui,Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang akhirnya telah terbongkar. – Al-Fatihah..

 

Hikayat Dunia

PERAK- Misteri identiti mayat lelaki yang lengkap berpakaian ditemui terbaring dengan kesan tembakan di Kawasan Ladang Sungai Rui,Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang akhirnya telah terbongkar.

Menurut laporan mangsa dikenali sebagai Man Bas yang berasal dari Taman Baiduri,Gerik,Perak,manakala isterinya dikenali sebagai Azlina yang dipercayai seorang guru disekolah Menengah Kebangsaan Batu 4,Gerik.

Salah seorang sahabat arwah yang bernama Eddie Prubsn, dia mengenali arwah telah sekian lama dan arwah adalah seorang yang baik hati.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga mangsa hanya mengetahui bahawa arwah telah meninggal dunia melalui media sosial kerana gambar tersebut dikatakan telah viral.

Mangsa dilaporkan telah ditembak pada bahagian kepala, dada serta perut semasa ditemui di kawasan Ladang tersebut.

Turut ditemui tiga butir kelongsong peluru serta sebuah motosikal berkuasa tinggi berhampiran dengan mayat lelaki ini.

Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.Editor: Nora

Sumber : wartawanjalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *