“Mummy Jangan Pergi Tau….”

Rasanya nama Rita Rudaini bukanlah sesuatu yang asing dalam industri seni tanah air. Kisah hidupnya yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki banyak memberi inspirasi kepada wanita diluar sana untuk tidak berputus asa dengan kehidupan.

Baru-baru ini, Rita Rudaini Berjaya membuat netizen sebak melalui sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun instagramnya semasa berada di lapangan terbang bersama dua orang anaknya.

‘Mummy jangan pergi, nak ikut..

https://www.instagram.com/p/BhRbWe_Diqz/

Rita dalam caption bersama video tersebut menyatakan bahawa ikatan mereka sebagai anak dan ibu sangat kuat dan anaknya itu juga turut menangis teresak-esak sepanjang berada di dalam kereta. Difahamkan bahawa Rita akan ke Jepun atas urusan pekerjaan dan terpaksa meninggalkan sebentar kedua orang anak lelakinya.

‘Saya pun boleh bayang betapa dia perlukan mummy dia..’

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih mereka selepas menonton rakaman video berkenaan. Ada juga yang faham akan keadaan tersebut dan mendoakan supaya keluarga ini sentiasa berada dibawah lindungan Allah selalu.

‘Kuat semangat demi anak-anak..’

Netizen juga turut menyifatkan Rita sebagai seorang ibu yang kuat dan mampu berkorban untuk anak-anaknya. Selain itu, netizen juga turut memuji dan mendoakan supaya diberikan kekuatan untuk anak-anak tersebut.

Credit: Rita Rudaini via ohbulan

Anak-anak pun sis seorang je tanggung, bela : Rita Rudaini

SEPERTI mana ibu bapa yang lain, Rita Rudaini turut berkongsi pengalaman di hari pertama persekolahan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.

Justeru, selebriti berusia 41 tahun ini sanggup mengambil cuti demi meluangkan masa untuk menghantar kedua-dua anaknya itu ke sekolah.

“Alhamdulillah, first day school hari ini. Arjuna sangat happy and independent, siap suruh mommy balik. Tapi mommy memang ambil cuti untuk spend time dengan anak-anak kat sekolah.

“Masa nilah masa yang paling bernilai tengok dorang besar depan mata sendiri,” kongsinya di laman Instagram.

Bahkan, pelakon filem Mami Junior ini lebih selesa menguruskan sendiri anak-anaknya.

“Sis tak ada maid, sis tak ada PA, memang sis jaga anak-anak sendiri. Sis ni jenis mak-mak sikit, nak jaga sendiri, nak anak-anak depan mata. Itu paling penting dalam hidup sis,” luahnya lagi.

Pun begitu, Rita mengakui perjalanan membesarkan dua anaknya itu masih panjang.

“Bukan senang untuk single mother macam sis. Kena kerja lebih lagi kali ni untuk belanja anak-anak sekolah.

“Jauh lagi perjalanan.Ye la, sis bukan ada orang ‘bela’. Anak-anak sis pun sis sorang je tanggung dan bela.

“Tapi, Alhamdulillah rezeki anak-anak tu ada je…cukup makan pakai, dah syukur,” tulisnya lagi.

Rentetan itu, bintang filem Balistik ini akan terus berjuang dan berusaha melakukan yang terbaik demi anak-anaknya itu.

“Alhamdulillah, hari ini arini semuanya dalam keadaan baik. Sis akan bagi hanya yang terbaik untuk anak-anak dan akan berusaha untuk yang terbaik.

Pegang tgn mommy kuat2……

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Sebab mereka adalah ‘syurga’ sis. Mommy love u @airitryan727 @airitqaqa727,” luahnya.

Rita bernikah dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 2008 namun bercerai pada September 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *