(Video) “Inilah Jadinya Bila Bini Kau Itu Adalah Orang Popular,Comel Betul Depa Nie!”-Reaksi Fattah Tengok Isteri Sendiri Dalam Iklan

“Inilah Jadinya Bila Bini Kau Itu Adalah Orang Popular,Comel Betul Depa Nie!”-Reaksi Fattah Tengok Isteri Sendiri Dalam Iklan

Menjadi satu perkara biasa bagi mana-mana artis bilamana sudah berada di fasa bercinta, mereka pasti akan berkongsi hubungan mereka itu kepada ramai peminat. Ada kalanya artis yang bercinta ini tidak segan silu untuk memuat naik gambar dan video mereka sedang keluar makan bersama, keluar berjalan bersama-sama atau berbual mesra. Namun yang kurang enak ialah apabila mereka masih belum mengikat apa-apa ikatan yang sah namun video dan gambar sweet sudah pun tersebar di laman sosial.

Ianya sangat berbeza kepada pasangan artis yang popular ini iaitu Fattah dan juga Fazura. Peminat dan ramai orang tidak perlu menunggu masa yang lama untuk melihat mereka mendirikan rumah tangga malah majlis akad nikah mereka juga di lakukan hanya di rumah secara privasi. Mereka juga tidak pula selalu memuat naik gambar dan video ketika dalam fasa bercinta melainkan gambar sweet di lokasi shooting untuk tujuan marketing.

Selepas sah bergelar suami isteri, Fattah Amin dan juga Fazura nampaknya selalu memuat naik gambar dan video mereka bersama. Walaupun sudah terbang ke Indonesia dan berada di bumi Eropah untuk berbulan madu, kata Fattah, dia dan isteri akan meneruskan fasa bulan madu itu sampai bila-bila walaupun berada di Malaysia. Mungkin kerana itulah ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan ada babak romantis dan sweet dari mereka berdua bagaikan dalam drama.

Kata orang terdekat, Fattah ini adalah seorang suami yang suka bergurau dan suka menyakat isterinya. Dalam perjalanan mereka ke sebuah destinasi, Fattah ada menonton satu iklan yang di siarkan dalam penerbangan mereka itu. Dia pun merekod iklan itu yang mana pelakon iklan itu adalah isterinya sendiri,Fazura. Kata Fattah sambil mengusik isterinya,“Kenapa macam sama?”.

Fazura yang melihat telatah suaminya itu memberi respond wajah serius namun tersipu-sipu malu selepas itu kerana di usik suaminya sendiri.



KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *